Malaysia sekali lagi bertemu pasukan dari Asia Tenggara apabila mereka diundi dalam kumpulan C bersama Korea Selatan, Thailand dan Vietnam untuk Kejohanan Piala Asia bawah 23 tahun (B-23) yang berlangsung di Uzbekistan pada 1 hingga 19 Jun 2022.

Ini kali kedua Malaysia berada satu kumpulan dengan Thailand selepas pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia pada bulan Oktober lalu dimana kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Tuan rumah, Uzbekistan berada dalam kumpulan A bersama Iran, Qatar dan Turkmenistan. Manakala kumpulan B dianggap sebagai kumpulan maut apabila diisi oleh dua pemenang tempat ketiga tahun lalu iaitu Australia dan Jordan bersama Juara edisi 2013, Iraq serta Kuwait.

Naib juara dua kali, Arab Saudi pula diundi dalam kumpulan D bersama UAE, Juara edisi 2016, Jepun dan pendatang baharu, Tajikistan.

Perlawanan dijalankan secara liga sepusingan dan dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan ini akan mara ke peringkat suku akhir. Malaysia akan menentang Korea Selatan terlebih dahulu pada perlawanan pertama.

Kemudian, skuad kendalian Brad Maloney akan menentang Thailand dan Vietnam untuk menentukan tempat ke suku akhir. Berdasarkan rekod, Malaysia pernah layak ke suku akhir dalam saingan AFC B-23 pada tahun 2018 di China ketika dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Tidak mustahil pencapaian itu diulangi semula pada tahun ini memandangkan Malaysia mempunyai peluang yang cerah berdasarkan prestasi mereka dalam saingan kelayakan di Mongolia apabila mengekalkan rekod tanpa kalah serta tanpa bolos.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

Piala AFF B-23: Demi Semangat Kesukanan, Malaysia Akan Menentang Laos Dua Kali

Piala AFF B-23: Pemain Pertahanan Selangor Terpaksa Diketepikan Kerana Kecederaan Lutut

TERKINI: Myanmar Sah Tarik Diri Dari Kejohanan AFF U23 Akibat Jangkitan COVID19, 3 Mata Percuma Untuk Malaysia?

Piala AFF B-23: Wan Kuzri Tak Jadi Sertai Skuad Malaysia

Datuk Hamidin Jelaskan Sebab Sebenar Sumareh Tolak Panggilan Ke Skuad Kebangsaan

Kim Pan-gon Mula Tugas Latih Harimau Malaya Pada Bulan Mac 2022