Hasrat Vietnam untuk menjadi tuan rumah saingan Piala AFF Suzuki 2020 tidak menjadi kesampaian apabila kejohanan tersebut akan menggunakan format seperti edisi 2018.

Setelah mengadakan pertemuan, Konfederasi Bola Sepak Asean (AFF) memutuskan untuk menggunakan format sama, dimana setiap negara akan menghadapi peringkat kumpulan dengan beraksi dua perlawanan di tempat sendiri dan dua lagi perlawanan di tempat lawan.

Piala AFF Suzuki 2020
Sumber Gambar: AFF

Vietnam sebelum ini menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah selepas negara itu tidak begitu terkesan dengan penularan Coronavirus (COVID-19) yang sedang melanda dunia ketika ini.

Namun, AFF yakin penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara Asia Tenggara boleh dikawal pada hujung tahun ini, sekaligus mengekalkan format Piala AFF Suzuki 2020.

Meskipun begitu, AFF akan terus memantau perkembangan semasa setiap negara, sama ada kerajaan tempatan membenarkan kunjunhan dari luar negara dan juga proses kuarantin sekiranya diperlukan.

Piala AFF Suzuki 2020
Sumber Gambar: https://www.google.com/amp/s/mrbagaimana.com/2018/12/06/watch-highlights-thailand-2-2-malaysia-aff-suzuki-cup-2018-semi-finals-2nd-leg-on-youtube/amp/

Pada masa yang sama, AFF turut membenarkan pasukan mendaftarkan seramai 30 pemain bagi menghadapi saingan edisi kali ini.

Akan tetapi, hanya 23 pemain yang dibenarkan untuk didaftarkan pada perlawanan sebenar.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara di sini:

Shin Tae-yong Mula Kecewa Dengan Sikap PSSI, Akui Tidak Tahan Lagi

Newcastle United Mahu Dapatkan Luqman Hakim?

Lima Pemain Malaysia Diintai Pasukan Dari Eropah