Senarai lengkap 24 pemain yang akan menggalas cabaran negara dalam Kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 sudah diketahui selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan barisan tersebut, pagi tadi.

Penilaian ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe selepas sesi latihan pusat yang bermula pada 22 November itu menyaksikanMuhammad Khairulazhan Khalid bersama-sama Khairul Fahmi Che Mat dan Kalamullah Al-Hafiz dipilih di jentera penjaga gol.

Seramai 10 orang pemain pertahanan telah terpilih dimana diketuai oleh Shahrul Mohd Saad dan Aidil Zafuan Abd Radzak serta turut akan menerima kehadiran Dion Cools.

Seperti dilaporkan semalam, pemain muda sedang meningkat naik, Arif Aiman Mohd Hanapi turut disenaraikan selepas ketiadaan beliau sebelum ini telah mendapat kecaman hebat penyokong negara.

Sudah pastinya penyokong menantikan khidmat Aiman bersama Muhammad Faisal Abdul Halim bagi mengemudi bahagian sayap negara ketika kedua-dua pemain begitu cemerlang di peringkat domestik.

Sementara itu, Guilherme De Paula, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi dan Luqman Hakim Shamsudin menjadi taruhan Cheng Hoe untuk merobek gawang pasukan lawan.

Barisan pemain dan pegawai skuad negara dilaporkan sudah berangkat ke Singapura untuk menghadapi saingan yang bermula pada 5 Disember itu.

Malaysia yang merupakan juara edisi 2010 telah diundi dalam kumpulan B bersama-sama Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Aksi menentang Kemboja, Laos dan Vietnam akan diadakan di Stadium Bishan manakala pertembungan terakhir bertemu musuh tradisi, Indonesia bakal berlangsung di Stadium Nasional [Sport Hub], Kallang.

Saingan 2018 menyaksikan Malaysia meraih tempat kedua selepas tewas secara agregat 2-3 di tangan Vietnam.

Berikut merupakan senarai lengkap barisan pemain negara yang akan membawa cabaran  dalam Piala AFF Suzuki 2020:

Kredit Foto: FAM