Ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Alexandré Pölking menganggap Vietnam merupakan pesaing utama dalam usaha mempertahankan kejuaraan Piala AFF Mitsubishi Electric yang dimenangi pada edisi lalu.

Thailand diundi dalam kumpulan A bersama finalis edisi lalu iaitu Indonesia, Filipina, Kemboja dan pemenang aksi play-off antara Brunei menentang Timor Leste.

Menurut Alexandre, rata-rata pasukan mempunyai kelebihan masing-masing dan beliau menjangkakan skuad bimbingannya akan berdepan cabaran sukar.

“Indonesia, Malaysia, Singapura dan Filipina adalah pasukan yang bagus tetapi Indonesia lebih istimewa berbanding pasukan lain.

“Ini kerana mereka menggunakan barisan pemain sama yang beraksi bersama-sama sejak beberapa tahun di bawah ketua jurulatih yang sama. Ini semua lawan yang sukar. Akan tetapi, secara keseluruhan kita tahu Vietnam adalah pesaing utama. Mereka adalah satu pasukan yang cukup bagus,” kata Polking

Park Hang-seo Mahu Panggil Pemain Berpangkalan Di Eropah Perkuatkan Vietnam

Thailand muncul juara pada edisi 2020 yang diadakan pada awal tahun ini dengan menewaskan Indonesia yang dibimbing Shin Tae-yong pada perlawanan akhir dengan keputusan 6-2 secara agregat.

Sebagai juara bertahan, skuad Gajah Perang dijangka membariskan pemain terbaik namun mereka masih belum memutuskan sama ada mahu memanggil pemain yang berpangkalan di Jepun atau menyenaraikan pemain lain bagi memperkuatkan pasukan.

Musim ini, Thailand mempunyai tiga pemain dalam saingan Liga Jepun iaitu Chanathip Songkrasin (Kawasaki Frontale), Supachok Sarachat (Hokkaido Consadole Sapporo) dan Chaowat Veerachat (Cerezo Osaka).

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

TRW Kelantan Untung Buat Kali Kedua Berturut-Turut

Bola Sepak Indonesia Kembali Berduka, Seorang Penyokong PSS Sleman Meninggal Dunia