Tugas berat sedang menanti skuad bawah 23 tahun negara (B-23) apabila mereka dijadualkan menentang Laos untuk perlawanan kedua Kejohanan AFF B-23 di Stadium Nasional Morodok Techo pukul 8 malam ini.

Skuad kendalian Brad Maloney itu kalah mengejut 1-2 pada perlawanan pertama jumaat lepas sehingga mengundang pelbagai kritikan serta kecaman dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Mereka memerlukan kemenangan dengan 2 gol tanpa bolos untuk mengesahkan tiket ke peringkat separuh akhir atau terpaksa pulang awal ke tanah air.

Selaku pasukan yang bertanding dalam Piala Asia B-23 di Uzbekistan tahun ini, kekalahan pastinya bukanlah keputusan dimahukan oleh peminat dan mereka berharap agar skuad negara mempamerkan prestasi yang lebih menyakinkan.

Malah, Malaysia juga akan berdepan Laos dengan skuad yang tempang apabila 3 pemain disahkan positif COVID-19 sekaligus memberi kesukaran kepada ketua jurulatih, Brad Maloney untuk menurunkan barisan terbaik.

Tiga pemain tersebut ialah Abdul Hanafie Tokyo, Zainal Abidin Jamil dan T. Saravanan termasuk penolong jurulatih, Khan Hung Meng.

Lebih mengejutkan, seorang lagi pemain disahkan positif COVID-19 semalam menjadikan jumlah pemain yang akan menentang Loas malam ini ialah sebanyak 17 orang.

“Ada juga pemain yang mengalami kecederaan tapi tak serius. Kami akan nilai dan putuskan senarai pemain untuk perlawanan esok (hari ini). Kami juga berdepan kes COVID-19 dan pasukan perubatan melakukan tugas dengan baik terhadap perkara itu,” jelas Maloney.

Bagaimanapun, Brad Maloney tetap yakin dengan kemampuan anak buahnya dan akan mempertaruhkan barisan yang sedia ada untuk menewaskan Laos. Beliau berharap jentera serangan lebih tajam kali ini dan tidak akan mempersiakan peluang yang terhidang.

“Pada perlawanan pertama itu, kita mempunyai banyak gerakan sepakan tepat daripada lawan, memenangi lebih banyak gerakan individu daripada lawan.

“Adalah penting untuk menukarkan penguasaan itu kepada jaringan gol, sepakan tepat kepada jaringan gol, kita amat perlukan lebih banyak gerakan penyudah di hadapan pintu gol dalam usaha mendapatkan keputusan yang dimahukan,” katanya.

Dua pemain yang sebelum ini telah positif COVID-19 ketika ujian PCR setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh iaitu Fahmi Daniel Zaaim dan Shafi Azswad Sapari dijangka menyertai pasukan hari ini selepas tamat tempoh kuarantin masing-masing.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

Piala Asia B-23: Malaysia Jumpa Vietnam dan Thailand Lagi

Piala AFF B-23: Demi Semangat Kesukanan, Malaysia Akan Menentang Laos Dua Kali

Piala AFF B-23: Pemain Pertahanan Selangor Terpaksa Diketepikan Kerana Kecederaan Lutut

Kim Pan-gon Mula Tugas Latih Harimau Malaya Pada Bulan Mac 2022