Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo yakin pasukannya akan mara ke perlawanan akhir untuk mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF apabila dijadualkan menentang Thailand di separuh akhir malam esok.

“Semua orang tahu Thailand ini pasukan yang kuat dan pencabar utama untuk Piala AFF tahun ini. Mereka mempunyai ramai pemain berkualiti. Saya tidak kata mereka luar biasa tetapi saya tidak nafikan mereka pasukan yang kuat.

“Vietnam akan berikan 100 peratus. Kami yakin akan menang kali ini,” kata Park Hang-seo dipetik dalam Vietnam Express.

Berdasarkan rekod, Vietnam tidak pernah kalah kepada Thailand sejak dibawah kendalian Park Hang-seo. Mereka mencatat 1 kemenangan dan 3 keputusan seri. Kedua-dua pasukan ini masih mengekalkan rekod tanpa kalah pada perlawanan peringkat kumpulan.

“Jujurnya, keputusan masa lalu tidak penting untuk perlawanan esok. Kami perlu fokus untuk menang dalam setiap perlawanan. Saya tak boleh ramal keputusan esok dan kami mesti sentiasa fokus,” tambahnya.

Ketua jurulatih Thailand, Mano Polking juga amat mengenali pemain Vietnam kerana beliau pernah mengendalikan pasukan Ho Chi Minh City musim lalu.

“Polking pernah melatih HCMC dan dia tahu kekuatan pemain Vietnam. Tetapi kami juga kerap bertemu Thailand dan tahu bagaimana mereka beraksi. Oleh itu, kami tiada apa yang hendak dirisaukan dan saya sudah menganalisis corak permainan mereka,” jelas Park Hang-seo.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan lain dalam saingan Piala Suzuki AFF 2020 melalui pautan dibawah. 

Presiden FA Thailand ‘Hulur’ Bonus Peribadi RM1.25 Juta Jika Tewaskan Vietnam Di Separuh Akhir Piala AFF 2020

‘Tahi Judi’ Ini Bengang Malaysia Menang Besar, Dakwa Laos Jual Perlawanan Di Singapura

Robert Alberts Anggap Indonesia Lebih Unggul Berbanding Singapura