Kelab Bola Sepak Kuala Lumpur (KL City) hari ini mengumumkan mereka akan menaja tiket perlawanan dan pengangkutan untuk para penyokong setia yang telah tiba di bandar Ho Chi Minh City, Vietnam. sempena aksi separuh akhir Piala AFC 2022 Zon Asean menentang Viettel FC.

Kejayaan muncul juara Piala Malaysia musim lalu selain melepasi peringkat kumpulan saingan Piala AFC, Jun lalu dianggap pencapaian cukup gemilang buat skuad The City Boys itu.

Kini anak buah Bojan Hodak sedia melakar satu lagi sejarah buat kelab itu dengan menempah tiket ke pentas final Zon Asean.

“Pasukan ‘The City Boys’ yang akan membuat kemunculan pertama dalam tempoh 28 tahun di tahap kalah-mati peringkat ASEAN, amat berbesar hati dan teruja untuk memiliki sokongan sedemikian dan khusus bagi penyokong tegar kami yang telah pun hadir ke Ho Chi Minh City, pihak KLCFC telah pun menguruskan tiket perlawanan dan bas tempatan untuk membawa penyokong ke detik bersejarah ini yang bajkal disaksikan di Stadium Thong Nhat.

“Walaupun dengan kemampuan terhad, amatlah penting kepada kami untuk memperakui iltizam dan azam yang ditunjukkan oleh para peminat yang datang dari tanah air semata-mata bagi meletakkan sokongan padu tidak berbelah bahagi di belakang pasukan Bojan Hodak.

“Pihak kelab berharap tanda penghargaan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos yang ditanggung penyokong serta memberikan pengalaman manis di Saigon yang akan dikenang untuk bertahun lamanya,” tulis kenyataan rasmi.

Ketua pasukan KL City, Paulo Josue mengakui rakan sepasukannya sudah bersedia untuk membanggakan peminat bola sepak tempatan.

“Kami hanya tinggal satu perlawanan lagi untuk melangkah ke final zon Asean dan kami mahu mencipta satu lagi sejarah.

“Jurulatih kami telah mendapat banyak maklumat tentang pasukan ini (Viettel FC) dan saya tahu mereka mempunyai ramai pemain Brazil yang bagus. Tetapi saya fikir kekuatan kelab di peringkat ini (separuh akhir) semuanya sama dan hanya mereka yang melakukan terbaik sahaja akan mara ke final,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Aksi Liga Super 2022 Kini Boleh Ditonton Melalui Saluran TV9

RASMI: Selangor Umum Nidzam Jamil Sebagai Ketua Jurulatih Sementara

Piala FA 2022: Rahadiazli Bawa Terengganu Mara Ke Final Jumpa JDT

Piala FA 2022: JDT Mara Ke Final Selepas ‘Tibai’ Penang 6-1

Gol Jarak Jauh Sean Selvaraj Tarik Perhatian Media Antarabangsa

Liga Super 2022: Amri Yahyah Wira Kebangkitan Sabah Atasi Melaka