Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Peminat bola sepak India kini boleh menarik nafas lega apabila Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) bakal tarik balik hukuman penggantungan yang dikenakan terhadap Persatuan Bola Sepak India (AIFF) minggu lalu ekoran campur tangan pihak ketiga dalam organisasi tersebut.

Menurut laporan daripada media India, penarikan balik penggantungan itu adalah kerana FIFA berpuas hati dengan perkembangan baharu pengurusan bola sepak di negara Asia Selatan tersebut.

Isnin lalu, Mahkamah Agung India memutuskan bahawa mandat jawatankuasa itu telah ditamatkan dan pengurusan harian hal ehwal bola sepak negara itu akan diserahkan semula kepada AIFF.

Dalam surat yang dihantar kepada Setiausaha Agung FIFA, Fatma Samoura, pada hari Selasa, AIFF memaklumkan badan induk dunia mengenai keputusan mahkamah itu.

“Memandangkan syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat anda untuk menarik balik pendirian penggantungan itu dipenuhi, kami meminta agar perintah itu diluluskan secepat mungkin agar AIFF dapat meneruskan kelancaran bola sepak di India,” tulis pemangku Setiausaha Agung AIFF, Sunando Dhar.

Penarikan balik penggantungan tersebut bermakna skuad kebangsaan India dibenarkan beraksi dalam mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh ahli FIFA seperti Piala Asia 2023 serta boleh menganjurkan temasya Piala Dunia Wanita B-17 tahun.

Selain pasukan kebangsaan, kelab India juga kembali beraksi dalam saingan AFC Champions League (ACL) dan Piala AFC jika terlibat di pusingan seterusnya.

ATK Mohun Bagan dijadualkan bertemu wakil Malaysia, KL City di separuh akhir Antara Zon Piala AFC 2022 pada 7 September ini di Stadium Vivekananda Yuba Bharati Krirangan, Kolkata.

Pemenang perlawanan itu akan mara ke final Antara Zon Piala AFC bertemu kelab dari Uzbekistan (Sogdiana Jizzakh) atau kelab dari Hong Kong (Eastern FC).

Perlawanan Liga Super diantara pasukan Sri Pahang menentang KL City yang dijadualkan pada 9 September 2022 mungkin terpaksa ditunda ke tarikh baharu kerana skuad warga kota hanya mempunyai tempoh masa singkat untuk membuat persiapan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Penyokong PSM Makassar Cedera Diserang, Cermin Bas Turut Pecah

Undian Piala AFF 2022: Malaysia Berada Dalam Balang 2 Bersama Indonesia

Presiden Buriram United Enggan Hantar Pemain Muda Sertai Skuad Kebangsaan

ACL 2022: Urawa Red Terlalu Unggul, Perjalanan JDT Terhenti Di Saitama