Bekas ketua jurulatih Jepun dalam kejohanan Piala Dunia edisi 1998, Philippe Troussier dilaporkan telah dilantik untuk mengendalikan skuad bawah 18 tahun Vietnam mulai minggu hadapan.

Pelantikan Philippe Troussier adalah untuk menggantikan jurulatih sebelum ini iaitu Hoang Anh Tuan yang meletakkan jawatan apabila gagal membawa pasukan bawah 18 tahun Vietnam mara ke peringkat separuh akhir kejohanan AFF U18 2019 yang lepas.

Dalam kejohanan itu, skuad Australia muncul juara apabila menewaskan pasukan Malaysia 1-0 dalam perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh.

https://twitter.com/VietFooty/status/1170182597193994240?s=20

Berdasarkan laporan beberapa media Vietnam, objektif atau sasaran utama bagi Philippe Troussier adalah untuk layak ke pusingan akhir kejohanan AFC U19 2020. Vietnam telah diundi dalam kumpulan J bersama 3 lagi pasukan iaitu Jepun, Guam dan Mongolia.

Beliau yang sudah berusia 64 tahun, pernah membimbing pasukan kebangsaan Jepun dari 1998 hingga 2002, membantu skuad Samurai Blue menjuarai Piala Asia 2000 serta membawa pasukan itu ke pusingan 16 terbaik kejohanan Piala Dunia 2002.

Philippe-Troussier-u18-vietnam-2

Sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih skuad bawah 18 tahun Vietnam, Philippe Troussier merupakan Penasihat Strategik dan Pengarah Teknikal untuk Promotion Fund of Vietnam Football Talents Football Club atau lebih dikenali sebagai PVF sejak tahun 2018.

Philippe Troussier ketika mengemudi skuad Jepun menjuarai Piala Asia tahun 2000, memulakan langkah membimbing pasukan bawah 20 tahun Jepun seterusnya menganjak ke bawah 23 (skuad Olimpik 2000).

Beliau menggunakan majoriti dari skuad Olimpik 2000 itu untuk aksi Piala Asia seterusnya muncul juara edisi tersebut. Vietnam dilihat cuba menggunakan idea tersebut untuk skuad bola sepak mereka untuk jangka masa panjang.

Baca kisah menarik bola sepak Vietnam dalam artikel dibawah.

Bek Kiri Vietnam, Doan Van Hau Sah Sertai Kelab Eredivisie SC Heerenveen

AFC MA Ranking: Vietnam Pintas Kedudukan Malaysia Di Kedudukan Ke-7 Asia Timur

Pemain Vietnam Ini Tampil Melakukan Debut Dalam Saingan Liga Divisyen 1 Belgium