Philippe Troussier yang baru sahaja dilantik untuk mengetuai pasukan bawah 19 tahun kebangsaan Vietnam dalam satu temubual dengan media Vietnam menjangkakan pasukan Vietnam mampu melayakkan diri ke saingan Piala Dunia 7 tahun lagi, edisi 2026.

Ketika ini Philippe Troussier bertanggung jawab membentuk pemain-pemain Vietnam yang lahir diantara tahun 2000 hingga 2003 untuk mencapai tahap terbaik menjelang tahun  kejohanan Piala Dunia edisi 2026.

Philippe_Troussier_1_zing

Beliau yakin mampu untuk mencapai sasaran itu pada 2026 apabila kejohanan Piala Dunia 2026 akan mempunyai 48 pasukan dan pasukan dari zon Asia akan mempunyai 8.5 slot.

“Generasi yang lahir pada 2000 hingga 2003, 80 peratus dari mereka ini sepatutnya akan terlibat dalam kejohanan Piala Dunia 2026. ”

“Langkah seterusnya adalah untuk menjaga mereka ini dalam program ini sebagai persiapan masa depan bola sepak Vietnam dan juga skuad untuk ke Piala Dunia 2026.”

65 Pemain Bawah 19 Tahun Dipanggil Sertai Kem Latihan

Ketika ini Philippe Troussier telah memanggil kira-kira 65 pemain bawah 19 tahun Vietnam untuk dinilai dan diperhatikan lebih rapat sebelum menyenaraikan pemain yang terbaik dalam skuad akhir mereka.

“Mereka pemain yang mempunyai kualiti, kemahiran, kebolehan serta fizikal yang baik. Saya terkejut dengan kemampuan mereka bertindak balas terhadap filosofi bola sepak yang saya mahu terapkan.

Philippe_Troussier_3_zing

“Saya pernah bekerja di London dan Jepun, namun apa yang mengujakan saya pemain Vietnam tahu apa yang mereka mahukan.

Philippe Troussier turut menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai masa yang banyak untuk ‘educate’ pemain-pemain mengenai filisofi bola sepak beliau menjelang kejohanan kelayakan AFC B19 2020 nanti.

Guna Pengalaman Bawa Skuad Muda Jepun

Philippe Troussier turut menjelaskan bahawa beliau akan menggunakan pengalaman yang beliau ada ketika membimbing skuad muda Jepun layak ke kejohanan AFC B19 serta memacu skuad 1999 Jepun ke perlawanan akhir Piala Dunia Remaja yang dianggotai oleh beberapa pemain lagenda Jepun seperti Naohiro Takahara, Yasuhihto Endo, Mitsui Ogasawara dan lain-lain lagi.

“Saya tahu apa yang saya perlu berikan fokus, bagaimana untuk bermain, menyerang dan bertahan, serta bahagian mana yang perlu diberikan perhatian untuk memastikan strategi berjalan lancar.

DsmU9ZjVAAEOkaX

“Salah satu kualiti yang saya miliki adalah kemampuan untuk fokus kepada teamwork dan koordinasi pemain. Latihan kami memberikan lebih fokus untuk mencari siapa yang akan mengikut arahan saya dan bermain berdasarkan cara yang saya mahukan.

Sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih bawah 19 tahun Vietnam, Pihlippe Troussier telah berkhidmat sebagai Pengarah Teknikal PVF Vietnam dan pernah mengemudi skuad Afrika Selatan dalam saingan Piala Dunia 1998 sebelum menggantikan Takeshi Okada.

Baca juga artikel lain mengenai bola sepak Vietnam yang mungkin anda terlepas pandang sebelum ini.

Pemain Vietnam Ini Dilaporkan Terima Gaji Ke-4 Paling Tinggi Dalam Kelab SC Heerenveen

Philippe Troussier Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Skuad Bawah 18 Tahun Vietnam

Park Hang-seo Mahu Vietnam Lebih Berwaspada Dengan Chanathip Songkrasin

Bek Kiri Vietnam, Doan Van Hau Sah Sertai Kelab Eredivisie SC Heerenveen

Sumber