Selepas letak jawatan sebagai pengurus skuad kebangsaan wanita England, Phill Neville kini diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu kelab Major League Soccer (MLS), Inter Miami FC.

Ia adalah kelab milik bekas rakan sepasukannya di England dan Manchester United iaitu David Beckham. Kedua-duanya merupakan rakan baik dan sudah bersama sejak di Akademi Manchester United lagi.

“Saya mengenali Phil sejak zaman remaja lagi di Akademi Manchester United. Kami mempunyai DNA bola sepak yang sama selepas dilatih oleh barisan jurulatih terbaik dan semua nilai itulah yang saya mahu terapkan di kelab ini.

“Saya mengenali kualiti dirinya sebagai seorang individu yang setia dan jujur serta mempunyai etika kerja yang bagus.” kata Beckham.

Ketika zaman sebagai pemain, Neville sering berada dalam satu pasukan dengan Beckham dalam skuad Manchester United dan mereka telah beraksi dalam 273 perlawaan serta mencatat 173 kemenangan.

Neville akan menggantikan tempat  Diego Alonso yang dipecat selepas melalui kempen mengecewakan pada penampilan pertama di MLS yang menyaksikan kelab itu hanya memenangi tujuh daripada 23 perlawanan.

“Saya teruja dengan peluang yang diberikan selaku jurulatih Inter Miami dan mahu bekerjasama bersama keseluruhan pemilik kelab,” kata Neville.

“Kelab ini masih baharu dan saya komited untuk mencabar diri saya, pemain dan setiap mereka di sekeliling saya untuk membentuk pasukan yang lebih kompetitif.” tambahnya.

Beckham dan Neville juga adalah antara pemilik bersama kelab Liga divisyen 4 England, Salford FC.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak dunia melalui pautan dibawah.

Baki Perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 Mungkin Diadakan Secara Karnival

Pendapatan Kelab J1 League Bernilai RM3.48 Bilion, Hasil Merchandise Hanya Menyumbang 8.81% Sahaja

Lagenda Manchester United Tabur Bakti Di Korea Selatan, Park Ji-sung ‘Advisor’ Baharu Jeonbuk Hyundai