Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail menyatakan bahawa keputusan FIFA berkenaan isu berkaitan Mohamadou Sumareh adalah sebagai satu bukti kemenangan perjuangan pemain.

Memetik kenyataan yang disiarkan dalam Buletin Utama semalam, perkara ini juga membuktikan bahawa hak para pemain tidak boleh dipandang mudah dan wajib dipatuhi mengikut kontrak yang dipersetujui diantara kedua-dua pihak.

“Ini adalah kemenangan bagi perjuangan hak pemain kami di PFAM mengalu-alukan keputusan yang telah dicapai oleh FIFA bagi pihak Sumareh.”

“Perjuangan ini menunjukkan juga bahawa  perjuangan PFAM selama ini untuk sentiasa memberi kesedaran kepada pemain untuk berani tampil kehadapan mempertahankan hak mereka didalam kontrak telah terbukti memberi kesan kepada kesan kepada kesedaran pemain.”

Mohamadou Sumareh meninggalkan pasukan Pahang pada bulan Ogos 2020 selepas claim pasukan itu gagal untuk membayar gaji seperti mana yang dipersetujui dalam kontrak.

2 hari yang lalu, FIFA memutuskan bahawa Pahang perlu membayar USD1.2 juta atau sekitar RM4.9 juta dalam tempoh 45 hari dan boleh membawa kes tersebut ke Mahkamah Timbang Tara sukan jika alasan yang dikemukakan oleh FIFA tidak cukup kuat untuk menghukum mereka.

Kegagalan membayar tunggakan gaji kepada Sumareh menyaksikan Pahang bakal dikenakan hukuman sekatan perpindahan dan juga pemotongan mata liga.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Bekas Jurulatih Berkongsi Kisah Bagus Kahfi Dan Hamsa Lestaluhu Ketika Beraksi Untuk Frenz United

Lelaki Poland Ini ‘Exchange’ Jersi AS Roma Dengan Rakannya Untuk Miliki Jersi Selangor Musim 2013

Masashi Motoyama Berlepas Dari Jepun Hari Ini, Pakai Jersi No.10 Kelantan United Musim 2021

Sumber