Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menggesa mana-mana pemain dalam saingan Liga Malaysia yang terlibat dalam masalah tunggakan gaji supaya tampil dan membuat laporan atau aduan rasmi kepada badan tersebut.

Perkara ini disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izham Ismail dimana beliau berkata pemain tidak perlu takut dan mereka perlu segera membuat laporan rasmi kepada PFAM sekiranya tidak mendapat bayaran gaji seperti yang sudah tertera di dalam kontrak.

PFAM
CEO PFAM, Izham Ismail.

“Kami mengharapkan mana-mana pemain untuk datang ke PFAM secara rasmi dan membuat laporan untuk kita membuat tindakan selanjutnya. Masih ada lagi kes tunggakan gaji dalam saingan Liga Malaysia dimana kita dimaklumkan secara tidak rasmi juga oleh sesetengah pihak yang memberitahu bahawa beberapa pasukan Liga Super dan Liga Perdana masih lagi menghadapi masalah gaji tertunggak.

“Dalam hal ini, pemain perlu tampil ke hadapan dimana mereka tidak perlu takut untuk membuat laporan mengenai tunggakan gaji mereka kepada kami,” kata Izham ketika ditemui dalam acara FIFPRO Asia/Oceania Legal Conference yang diadakan di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur semalam.

Pada masa yang sama, Izham turut menyentuh tentang isu tunggakan gaji yang sedang dihadapi oleh Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) dimana beliau memaklumkan kini MUSA sedang mencari jalan penyelesaian bagi melunaskan tunggakan gaji pemain.

PFAM
Izham Ismail

“Kami difahamkan MUSA ketika ini sedang dalam rundingan dan mereka sedang mencari jalan penyelesaian untuk melunaskan tunggakan gaji pemain,” tambahnya.

Acara FIFPRO Asia/Oceania Legal Conference berlangsung selama tiga hari bermula Sabtu lalu dimana mereka membincangkan isu-isu berkaitan undang-undang yang melibatkan pemain bola sepak profesional.

Baca artikel lain mengenai isu tunggakan gaji di sini:

Stuart Ramalingam Puji Usaha PDRM Dan FAP Selesaikan Isu Tunggakan Gaji

Gaji Pemain Sarawak Tertunggak Selama 4 Bulan?

Presiden MUSA Beri Jaminan Gaji Pemain Melaka Dilunaskan Hujung Bulan Ini