Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sedang mencari mekanisma terbaik bagi penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA 2019.

Presiden PAFA, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, mesyuarat yang akan diadakan nanti bertujuan untuk membincangkan mengenai pembahagian jualan tiket di semua daerah di negeri Perak.

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
Sumber Gambar: Perak TBG

“Kita tidak boleh nafikan hak atau kemampuan persatuan gabungan seluruh negeri, peringkat daerah tetapi pembahagian tiket ke peringkat daerah akan dibuat oleh PAFA sendiri.

“Supaya bunyi (isu) berkenaan ketirisan tidak kedengaran jadi kita (PAFA) akan uruskannya secara profesional dan perkara ini kita akan bincang dengan lebih mendalam,” katanya menurut laporan Utusan.

Menurut Faizal, PAFA mungkin menggunakan kaedah penjualan tiket separuh akhir kedua Piala FA iaitu secara dalam talian dan di Stadium Perak.

Pada masa yang sama, Faizal mengesahkan bonus RM150,000 yang diumumkan kerajaan negeri kepada pasukan bola sepak Perak, Ahmad Faizal berkata ia akan diberikan secepat mungkin.

“Kita akan berikan segera kalau boleh sebelum final dan saya serahkan kepada pengurusan pasukan untuk pembahagian bonus berkenaan,” tambahnya.