Terengganu FC terpaksa melupakan khidmat pemain tengah import, Petrus Shitembi ekoran kecederaan Anterior cruciate ligament (ACL) yang dihadapi.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly, Petrus akan menjalani pembedahan Selasa ini bagi merawat kecederaan yang dialami.

Petrus merupakan salah satu rekrut terbaru Terengganu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2021. Sebelum ini, pemain dari Namibia itu beraksi bersama skuad kendalian Kurniawan Dwi Yulianto iaitu Sabah.

Pada aksi menentang UiTM FC semalam, pengendali Terengganu, Nafuzi Zain menurunkan Shahrien Sapien di bahagian tengah dan pemain itu digandingkan dengan Azalinullah Alias.

Ketiadaan Petrus Shitembi bakal menjadi peluang keemasan kepada Shahrien untuk terus mengisi bahagian tengah sekaligus mencipta gandingan mantap bersama Azalinullah pada musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Dua Jaringan Oliver Buff Bantu Selangor Tewaskan Sri Pahang

Penang FC Bermula Dengan Langkah Kanan, Atasi Kuala Lumpur City

Gelaran Juara Piala Sumbangsih Kekal Milik JDT