Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Peter De Roo dalam satu kemaskini di laman sosial Facebook, menyalahkan media-media tempatan khususnya kerana terlalu ‘over-hype‘ pemain-pemain remaja Malaysia terutamanya Luqman Hakim.

Intipati utama kenyataan itu adalah tindakan pihak media tempatan yang melakukan publisiti melampau terhadap Luqman Hakim dan pemain muda lain akan menyebabkan mereka mengalami gangguan emosi dan berada dalam keadaan tertekan.

Luqman-Hakim-1

Walaupun mengakui bahawa Luqman Hakim memang memiliki bakat yang besar, beliau menyifatkan pemain itu masih mempunyai banyak lagi ruang serta perkara yang perlu dipelajari bagi mempertingkatkan prestasinya.

Seperti yang kita ketahui prestasi skuad Malaysia B18 yang berjaya muncul naib juara kejohanan AFF U18 2019 yang lalu, telah memberikan satu harapan baru kepada penyokong skuad Harimau Malaya yang sudah lama mahukan generasi baru ini menghidupkan kembali nyawa bola sepak Malaysia dipersada antarabangsa.

Namun, Peter De Roo turut melontarkan pandangan beliau bahawa Luqman Hakim sebenarnya masih lagi belum bersedia untuk beraksi dalam skuad kebangsaan Malaysia ketika ini.

Isu ini mula timbul dan kerap dimainkan oleh pihak media sehingga melabelkan Luqman Hakim sudah bersedia untuk menyarung jersi senior skuad kebangsaan Malaysia bergandingan dengan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid dibahagian serangan.

Trio ini dilihat sebagai jawapan kepada permasalahan skuad kebangsaan Malaysia dimasa depan oleh ramai pemerhati termasuk penyokong, namun Peter De Roo tegas menyatakan ia terlalu masih terlalu awal.

Baca juga 5 pemain Malaysia yang paling menyinar pilihan VocketFC dalam kejohanan AFF U18 2019 yang lalu dalam pautan diatas.

Jaringan Harith Haiqal Bawa Malaysia Mara Ke Final AFF B-18

5 Pemain Malaysia Yang Menyinar Dalam Kejohanan AFF B-18 Pilihan Vocket FC

Malaysia Tidak Berjaya Pertahankan Kejuaraan AFF B-18