Liga bola sepak Indonesia sekali lagi kecoh apabila berlaku kekecohan sehingga menimbulkan aksi pergaduhan beberapa minggu selepas seorang penyokong Persija Jakarta mati dipukul diperkarangan Stadium GBLA, Bandung.

Pengendali pasukan PSMS Medan dari England, Peter Butler melabelkan pemain, pegawai dan penyokong pasukan Barito Putera sebagai ‘binatang liar pengecut’ selepas beliau dipukul didalam padang sejurus tamat perlawanan.

Kali Pertama Dipukul Dalam Karier Dipukul

Dalam kemaskini dilaman sosial Twitter, bekas pengendali pasukan Kelantan itu menyatakan ini adalah kali pertama beliau ditumbuk dan disepak oleh kira-kira 20 hingga 30 orang yang terdiri dari pemain, pegawai dan juga penyokong.

Beliau menuju kearah pengadil perlawanan ditengah padang untuk menyatakan terima kasih kerana berjaya mengendalikan perlawanan dengan baik dalam situasi yang tegang.

 

Terima Kasih Kepada Pasukan Keselamatan Kerana Menyelamatkannya

Selain itu, beliau turut menyatakan terima kasih kepada pasukan keselamatan kerana membantu membawa beliau keluar dari terus dipukul segerombolan ‘binatang liar’, mengiringi beliau ke bilik persalinan.

Peter Butler memberitahu bahawa beliau telah melalui banyak situasi yang tegang dalam kariernya namun ini adalah kali pertama dipukul selepas 30 tahun terlibat dengan bola sepak.

 

Beliau menghargai pasukan keselamatan kerana jika tidak kerana tindakan pantas mereka, beliau mungkin akan menjadi mangsa pembunuhan ke sekian kalinya dalam bola sepak Indonesia.

Video Peter Butler Ditumbuk Dan Disepak Sejurus Tamat Perlawanan PSMS Medan Bertemu Barito Putera

Saksikan bagaimana Peter James Butler dikerumuni oleh penyokong, pemain dan pegawai Barito Putera dan ditumbuk serta disepak selepas tamat perlawanan yang berkesudahan seri 3-3.