Petaling Jaya City dikhabarkan mahu mendapatkan khidmat bekas penyerang skuad kebangsaan, Hazwan Bakri sebelum jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim 2021 ditutup.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana PJ City mahu meminjam Hazwan bagi memperkuatkan jentera serangan.

Pada awal musim, Darren Lok diberi tanggungjawab bagi membarisi serangan PJ City namun beliau mengalami kecederaan ketika menghampiri separuh pertama saingan Liga Super.

Ketua jurulatih PJ City, P.Maniam meletakkan beberapa pemain seperti Mahali Jasuli bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Darren namun tidak memberikan impak yang besar kepada pasukan.

Bagi Hazwan Bakri pula, beliau banyak beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) II dalam saingan Liga Perdana ekoran kecemerlangan Bergson Da Silva dalam skuad utama sekaligus tidak memberikan tempat kepadanya.

Hazwan Bakri
Sumber Gambar: JST

Sekiranya Hazwan menyertai Petaling Jaya City, besar kemungkinan beliau akan menjadi pilihan bagi diturunkan dalam kesebelasan utama bagi mengetuai barisan serangan.

Selain itu, Hazwan dapat mengasah ketajaman beliau seperti sebelum ini dengan beraksi dalam saingan peringkat tertinggi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Super 2021:

Nazirul Naim Kecewa Semakin Ramai Pemain Tinggalkan Perak

Shakir Hamzah Capai Persetujuan Tinggalkan Perak

JDT Rancang Bina Kolam Renang Di Stadium Sultan Ibrahim