Sebuah pesawat yang membawa presiden dan empat pemain kelab bola sepak divisyen 4 Brazil, FR Palmas dilaporkan terhempas pagi tadi dalam kejadian di Tocantins.

Jurucakap kelab itu dalam satu kenyataan berkata pesawat tersebut tiba-tiba terhempas di hujung landasan ketika sedang berlepas. Mereka dalam perjalanan ke Goiania untuk menghadapi perlawanan menentang Vila Nov.

Tragedi itu menyebabkan Presiden kelab, Lucas Meira serta 4 pemain iaitu Lucas Praxedes, Guilherme Noé, Ranule dan Marcus Molinari meninggal dunia di tempat kejadian.

1_MAIN-Plane-Crash

Punca kemalangan sedang disiasat dan ia turut mendapat perhatian daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“FIFA ingin merakamkan ucapan takziah kepada kelab Palmas FR dari Brazil. Kami turut bersimpati terhadap keluarga mangsa-mangsa yang terlibat pada saat yang sukar ini,” kata FIFA dalam satu kenyataan.

Ini merupakan kejadian kedua yang melibatkan kelab bola sepak Brazil selepas insiden tragis kapal terbang terhempas yang mengorbankan sebahagian besar pemain kelab Serie A, Chapecoense pada 28 November 2016 lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak asia melalui pautan dibawah. 

Asnawi Mangkualam Sertai Kelab K.League 2 Ansan Greeners Berkat ‘Campur Tangan’ Shin Tae-yong

Hadi Fayyadh Diperkenalkan Sebagai Pemain Azul Claro Numazu, Pakai Jersi Nombor 27 Musim 2021

AKRacing Dan FC Tokyo Jual ‘Bangku Simpanan Pemain’ Pada Harga RM2,355 Seunit Kepada Penyokong