Legenda AC Milan, Kaka berpendapat bahawa Rossoneri berada di landasan yang betul untuk berjaya dengan menggabungkan pemain muda dan tua dan meminta mereka untuk mencontohi skuad Jerman 2014 dan mengelakkan untuk menjadi Arsenal.

Milan menunjukkan tanda kebangkitan sejak musim 2019-20 terutama sekali selepas kemasukan Ibrahimovic.

Menurut Kaka itu contoh terbaik bagaimana gandingan pemain lama dengan muka baru mampu membentuk pasukan yang baik.

Milan juga berjaya menamatkan saingan di slot Liga Europa walaupun permulaan musim baru yang sukar. Sasaran Milan sekarang adalah kembali ke UCL.

Kaka berpuas hati dengan polisi di AC Milan. Dan menyifatkan Milan kini mewujudkan semula suasana seperti era beliau mulai menyertai pasukan pada 2003.

“Mereka mempunyai adunan pemimpin dan pemain muda. Semasa saya tiba, saya masih muda dan saya menemui struktur yang membantu saya,” kata Kaka kepada La Gazzetta dello Sport.

“Penting untuk kita meneruskannya. Bagi saya, dana dari Elliott telah membantu Milan ke landasan yang tepat, itu yang sedang dipertahankan oleh CEO [Ivan] Gazidis. [Paolo] Maldini dan [Zvonimir] Boban juga memainkan peranan sangat penting,” tambah Kaka.

skysports-ac-milan-zlatan-ibrahimovic_4915952

Kaka kemudian dengan tegas mengingatkan AC Milan untuk mengikut jejak Jerman dan bukannya Arsenal. Kerana menurut Kaka model pembangunan Jerman yang menggandingkan muka baru dan lama memberikan mereka kejayaan bergelar juara dunia.

Kaka pula membandingkan dengan Arsenal yang menurutnya terus gagal memenangi sebarang piala sejak kebelakangan ini.

“Kita fikirkan model Jerman, pasukan kebangsaan mereka tahun 2014. Saya suka pembaharuan Milan tetapi belajar dari veteran adalah asas penting,” tegasnya.

“Mari kita fikirkan model Arsenal [polisi pemain muda]. Itu bagus, tetapi mereka tidak menang apa apa dalam beberapa tahun terakhir. Kita perlu lebih konkrit.”

“Bagi saya, ia lebih baik: pemimpin dan pemain muda bergandingan untuk masa depan yang berkualiti,” kata Kaka.

Mungkin Kaka lupa agaknya Arsenal ada memenangi piala domestik musim lalu dengan kejayaan menjulang Piala FA.

Dan tahun sebelumnya juga Arsenal beberapa kali memenangi piala domestik yang lain.

Baca juga perkembangan lain

Menteri Kesihatan Itali Tuduh Ronaldo Langgar Protokol, Juventus Pertahankan Pemainnya

Serie A Bagi 3 Mata Kepada Juventus Kerana Napoli Tak Boleh Ke Turin Sebab Covid-19

UNL: England Kalah, Bermain 10 Pemain Selepas Maguire Kad Merah