Bek sisi legenda Manchester United, Patrice Evra telah menghantar mesej keras kepada skuad yang sedang berada di dalam tekanan ketika ini.

United kelihatan sangat tidak bermaya dalam kekalahan 1-0 mereka menentang Wolves dan jelas bahawa sekali pemecatan Ole Gunnar Solskjaer setakat ini tidak memberi kesan yang diingini.

Evra turut mendengar khabar angin terantang rasa tidak puas hati di kalangan pemain dan keretakan dalam bilik persalinan tetapi Evra telah menyeru pemain Ralf Rangnick untuk menunjukkan watak sebenar mereka.

Bercakap dalam video di Instagramnya, Evra berkata dia mahu skuad itu menunjukkan keberanian mereka ketika kredibiliti mereka dipersoalkan dari semua sudut dari segi mentaliti serta kualiti.

Evra berkata: “Anda tahu apa yang mengecewakan peminat? Kita ada pemain. Daripada bercakap mengenai pengurus, mari bercakap tentang pemain,” katanya.

Evra seolah olah mengiyakan spekulasi dalaman melanda Man United. Di mana ada beberapa pemain dikatakan besar kepala mulai tidak mahu menerima corak latihan Rangnick yang keras.

“Anda berada di United – adakah anda faham betapa bertuahnya anda bermain untuk kelab ini? Tolong tunjukkan itu kepada kami. Itu yang kita tunggu.”

“Pemain sekalian – kami meminta anda untuk beraksi. Jika anda tidak suka apabila orang mengkritik anda apabila anda mempunyai permainan yang buruk, tinggalkan kelab ini!”

“DNA United ialah mentaliti kemenangan – memenangi trofi, tetapi juga sentiasa berlari [atas padang], bersemangat juang. Walaupun anda kalah tetapi apabila anda memberikan segala-galanya di atas padang, peminat akan memuji anda tetapi bukan itu yang berlaku sekarang.”

Komen Evra itu dianggap sebagai suara ramai peminat United pada ketika ini. Evra jelas sekali tidak gembira dengan karakter para pemain dan juga laporan yang menyebut beberapa pemain sudah mulai tidak sehaluan dengan pengurus.

Ini bukan kali pertama Evra mengamuk mengkritik pemain pemain Manchester United. Sebelum ini beliau turut bengang dengan prestasi para pemain United yang menurutnya terlalu teruk.