Bapa kepada pemain muda kacukan negara, Jaami Qureshi iaitu Perviz Qureshi memberi bayangan anaknya bakal beraksi bersama skuad kebangsaan Iraq dan bukannya Harimau Malaya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pervi di laman media sosial Twitter, beliau berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak pernah menghantar jemputan kepada Jaami bagi beraksi bersama pasukan negara.

“Tiada jemputan rasmi dari FAM, hanya komen di khalayak umum mengenai meletakkan Jaami dalam pemerhatian mereka. Tiba masa untuk berubah,” kata Perviz.

Sebelum ini, Perviz menegaskan skuad kebangsaan Iraq ada menghubungi beliau mengenai kemungkinan Jaami beraksi bersama pasukan itu di peringkat antarabangsa pada masa akan datang.

Tahun lalu, skuad B-19 tahun negara berminat untuk mendapatkan khidmat Jaami bagi membantu pasukan yang akan beraksi dalam saingan AFC B-19 Tahun di Uzbekistan.

Namun, hasrat tersebut tidak menjadi kenyataan kerana AFC membatalkan kejohanan tersebut ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Untuk makluman, Jaami boleh beraksi bersama tiga negara iaitu Iraq yang merupakan negara asal bapanya, Malaysia yang merupakan negara asal ibunya dan England, tempat kelahiran beliau.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Lee Tuck Tekad Bantu Terengganu Raih Kedudukan Dua Teratas

Penjaga Gol Iran, Alireza Beiranvand Sertai Kelab Portugal, Boavista

Kelayakan AFC B-23: 8 Pemain Yang Boleh Dipanggil Sertai Skuad B-20 Tahun