Bapa kepada pemain kacukan negara, Jaami Qureshi iaitu Perviz Qureshi memberikan mesej kepada haters anaknya setelah timbul isu dimana beliau mendakwa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak melayan beliau ketika kunjungan ke Wisma FAM pada Jun lalu.

Menerusi laman Instagram Story miliknya, Perviz menulis mesej sambil menggunakan emoji jari tengah kepada haters anaknya dan perkara ini nyata tidak disenangi oleh ramai pihak khususnya peminat bola sepak tanah air.

Perviz Qureshi
Perviz Qureshi

Sebelum ini, Perviz Qureshi mengkritik tindakan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang beliau anggap tidak menghormatinya dan enggan untuk bertemu dengan anaknya selain tidak memperkenalkan Jaami kepada ketua jurulatih skuad kebangsaan iaitu Kim Pan-gon.

Perkara ini nyata membangkitkan kemarahan peminat dimana mereka menilai Jaami sebagai seorang pemain terlalu ‘diva’ dan mahu dilayan seperti seorang bintang walhal beliau hanya seorang pemain muda yang beraksi di akademi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

Peminat juga menggesa agar FAM tidak melayan segala permintaan Perviz mengenai anaknya dan lebih fokus kepada pemain muda yang beraksi dalam Liga Malaysia ketika ini. Bahkan, ada peminat yang membandingkan sikap Jaami dengan seorang lagi pemain kacukan, Dion Cools yang menunjukkan komitmen penuh bagi beraksi bersama Malaysia dimana Dion sanggup untuk mengikuti segala peraturan bagi membolehkannya beraksi bersama pasukan negara.

Dalam satu temu bual, Jaami Qureshi menegaskan beliau tidak akan memohon pasport Malaysia yang menjadi keperluan sekiranya beliau mahu beraksi bersama skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa kerana enggan melepaskan pasport British yang dipegangnya ketika ini.

“Saya memilih untuk kekal di England buat masa ini dan tidak akan memohon pasport Malaysia untuk bergelar pemain tempatan. Saya lihat ramai peminat Malaysia gembira dengan pencapaian saya di sana kerana tidak ramai pemain Malaysia bermain di England. Jadi sebagai pemain berdarah kacukan Malaysia, saya juga bangga,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Peminat Berang Dengan Sikap Perviz Qureshi

PSSI Teruskan Proses Naturalisasi Jordi Amat

Aksi Faisal Halim ‘Menganjing’ Penjaga Gol Sri Pahang Curi Tumpuan