Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setelah lebih 3 bulan tidak beraksi akibat kecederaan retak tulang kanan fibula, penyerang Selangor, Shahrel Fikri akhirnya kembali ke padang menjalani latihan bersama rakan sepasukannya.

Malah, penampilan Shahrel kali ini mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan apabila mereka mendapati terdapat perbezaan ketara pada susuk fizikal pemain itu berbanding sebelumnya.

Rata-rata komen netizen di laman sosial jelas teruja dengan perubahan itu dan mereka berharap pemain yang berusia 26 tahun itu dapat kembali pada prestasi terbaiknya untuk membantu skuad Harimau Malaya.

Untuk rekod, Shahrel telah mengalami kecederaan serius selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dan beliau hanya sempat beraksi selama 10 minit dalam saingan Liga Super menentang Sri Pahang FC pada 5 Mei yang lalu.

Sebaik sahaja dikeluarkan dari padang, Shahrel telah dibawa ke hospital berdekatan venue perlawanan untuk membuat pemeriksaan x-ray kemudian terus dihantar ke Ara Damansara bagi menjalani pembedahan selepas disahkan mengalami retak tulang kanan fibula.

Sepanjang proses pemulihannya, beliau telah memberikan komitmen yang baik dibantu oleh pakar sains sukan, Dr Raja Mohammed Firhad serta ahli fisioterapi pasukan utama Selangor FC.

Selain itu, Shahrel turut dipantau oleh doktor pasukan seperti Dr Vijayan, Coach Khairulanwar (jurulatih kecergasan) yang menjaga kecergasannya dan Cik Puteri (ahli nutrisi pasukan) yang menyelia diet dan pemakanannya sepanjang sesi pemulihannya.

443643469310301File_013-min

FOTO: Selangor FC

Bekas penyerang PKNP itu dijangka akan diturunkan dalam saingan Liga Super pada bulan ini sama ada ketika menentang Perak pada hari sabtu ini atau Melaka United pada 28 Ogos 2021.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Subkhiddin Salleh: “Pemain Jersi Biru Nombor 7 Perlu Dihukum Dengan Kad Merah”

FAM Tangguh Pengambilan Pemain Naturalisasi Untuk Harimau Malaya

Levy Madinda Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan Gabon Hadapi Kelayakan Piala Dunia

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group