Pasukan Perth Glory FC dari Hyundai A-League, dijadualkan akan berkampung selama 8 hari di Sarawak bagi mengadakan perlawanan pra musim mereka mulai 9 Ogos 2018.

Skuad ‘The Glory’ itu yang menamatkan musim 2017/2018 Hyundai A-League di kedudukan 8 dari 10 pasukan bertanding dijadualkan akan menentang pasukan Sarawak FA pada 11 Ogos dan 15 Ogos 2018. Kedua-dua perlawanan tersebut akan diadakan di Stadium Negeri.

Beberapa muka lama Perth Glory akan mengendalikan Sarawak FA seperti Ian Gillan dan Alan Vest – bekas jurulatih Sarawak selama 6 musim pada era 90an.

Selain itu, dengan wujudnya aktiviti seperti ini, hubungan diantara kedua-dua buah kelab telah bertambah kuat beberapa bulan kebelakangan ini dan penasihat Perth Glory, Tiny Hughes merasakan trip ini akan mengeratkan lagi kerjasama diantara kedua-dua buah pasukan.

Alan Vest

“Ini satu perkembangan yang menggembirakan untuk semua”, kata Tony Hughes.

“Sarawak kini sedang berada dalam proses transisi dengan pihak pengurusan dilihat mahu membangunkan pasukan untuk muncul sebagai ‘power house’ bola sepak di Malaysia.”

“Hubungan timbal balik diantara kelab menawarkan satu peluang kepada Sarawak untuk belajar daripada akademi Perth Glory serta mengenai struktur pembangunan pemasaran dan bagi kami pula membuka saluran untuk membina ‘fan base’ di Asia.”

“Ini juga bermakna kami telah mempunyai akses kepada fasiliti yang baik dimana akan membantu kami memenuhi aspirasi AFC Champions League di masa depan.”

Barisan jurulatih Peth Glory juga akan mengambil bahagian dalam ‘Sports Symposium’ ketika kunjungan ini bagi berkongsi ilmu berkaitan ‘strength and conditioning’ dan ‘training rejimes’ serta menjadi panel kepada perbincangan.

Sumber