Reaksi kurang senang para penyokong Kelab Bolasepak Perak (Perak FC) berikutan pengenalan logo yang dikatakan kurang menarik telah mendapat perhatian Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Baginda berpendapat bahawa bola sepak sebagai sukan rakyat dan seharusnya pendapat dan kritikan daripada para peminat perlu dihormati dan dihargai.

Sehubungan dengan perkara tersebut, baginda menitahkan nasihat supaya Perak FC menganjurkan pertandingan mencipta logo dimana ia akan memberikan peluang kepada para penyokong untuk berkongsikan idea kreatif mereka.

Selain itu, baginda juga mahu Perak FC melantik panel penilaian dalam memilih logo tersbaik dan seterusnya mengadakan konsultansi bersama pihak berkepentingan sebelum dapat memperakui logo baharu yang dipilih selepas mendapat persetujuan bersama.

Perkembangan terbaharu yang pastinya meredakan kemarahan sebahagian besar penyokong Perak FC itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia kerajaan negeri Perak, Yang Berhormat (YB) Khairul Shahril Mohamed dalam satu kenyataan dikeluarkan, petang tadi.

Selain daripada pengenalan logo yang mendapat tentang para penyokong, terdapat dua kemelut menyelubungi kem Perak apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Haji Azumu dan timbalannya, Datuk Adly Shah Ahmad Tah mengumumkan peletakan jawatan berikutan kesukaran untuk mendapatkan tajaan dan bantuan daripada kerajaan.

Keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan para pemain dan pegawai pasukan tidak menerima gaji bagi separuh bulan November dan keseluruhan Disember yang mana nilai tersebut dikatakan berjumlah hampir RM3.8 juta.

Menurut laporan sebelum ini,Khairul Shahril menegaskan bahawa tunggakan tersebut akan dilunaskan selewat-lewatnya hari ini selepas perbincangan dilakukan antara pihak PAFA dan kerajaan negeri.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Shahrul Saad: Daripada Produk Berkualiti SMK Anderson Ke Benteng Harapan Negara

Kerajaan Benarkan Pasukan Liga Malaysia Jalani Latihan Berpusat Mulai 15 Februari

Shandong Luneng Tidak Dibenarkan Beraksi Dalam AFC Champions League 2021