Pemain pertahanan dari Jerman, Tim Heubach sah menjadi pemain import baharu pasukan Selangor FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana pemain berusia 32 tahun itu menjadi pemain kedua yang ditandatangani untuk beraksi bersama skuad utama.

Heubach mempunyai pengalaman beraksi di saingan Bundesliga dimana beliau pernah menyarung jersi Borussia Mönchengladbach, FSV Frankfurt dan 1. FC Kaiserslautern.

Tim Heubach kemudiannya berhijrah ke Israel dimana beliau beraksi bersama Maccabi Netanya selama tiga musim dimana beliau membuat 75 penampilan dan menjaringkan 6 gol.

Sebelum ini, Selangor membawa masuk Karsten Neitzel sebagai ketua jurulatih baharu. Skuad Gergasi Merah kemudiannya menandatangani Shahrel Fikri yang menjaringkan 10 gol dalam saingan Liga Super musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

RASMI: FAS Umum Karsten Neitzel Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Skuad Gergasi Merah!

RASMI: Shahrel Fikri Diumumkan Sebagai Pemain Baharu Selangor FC Musim 2021.

Sandro Da Silva Sedia Beraksi Bersama Skuad Pembangunan Selangor