Dua hari lepas, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengumumkan kelab dari Indonesia, Persija Jakarta sebagai kelab paling popular di Asia Tenggara mengatasi juara Liga Super 7 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) berdasarkan keputusan undian daripada peminat.

Sebanyak 10 pasukan telah disenarai pendek termasuk satu lagi pasukan dari Liga Malaysia, Perak. Antara pasukan lain ialah Persib Bandung, Hanoi FC, Hoang Anh Gia Lai FC, Buriram United, Western Sydney Wanderers dan Persebaya Surabaya.

Sejak 22 Disember lalu, pihak AFC telah membuka undian di laman web untuk memberi peluang dan kebebasan kepada peminat memilih pasukan paling popuar di Aisa Tenggara. Namun, Persija dan JDT telah menerima undian paling banyak berbanding pasukan lain.

Keputusan rasmi menunjukkan Persija Jakarta menerima undian terbanyak iaitu 32.5% manakala JDT menerima undian sebanyak 29%. AFC kemudian telah menyenaraikan dua pasukan ini untuk diundi sebagai antara kelab paling popular di Asia.

8 pasukan lain yang diundi sebagai 2 kelab popular di zon masing-masing turut disenaraikan iaitu Al Ittihad (Syria), Al Wehdat (Jordan), Persepolis FC (Iran), Shanghai Shenhua (China), Suwon Samsung Bluewings (Korea Seatan) dan Tractor SC (Iran).

Berdasarkan kedudukan semasa, Tractor SC kini menerima undian paling banyak iaitu sebanyak 43.76% manakala satu lagi kelab Iran, Persepolis FC berada di kedudukan kedua sebanyak 27.19%.

Manakala JDT kini berada di kedudukan keenam dengan undian sebanyak 2.1% dan kedudukan tersebut dijangka akan berubah.

tractor

Sebagai tanda sokongan kepada kelab dari Malaysia, anda boleh mengundi JDT melalui laman web AFC, disini.

Proses undian akan tamat pukul 5 petang waktu tempatan pada 1 Januari 2021.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Media Thailand Dedahkan Police Tero FC Dan Sumareh Berpisah, Tiada Kontrak Lanjutan Selepas 111 Minit Beraksi

Raja Isa Jurulatih Pertama Dari Malaysia Kendalikan Kelab Bangladesh, Satu Pasukan Dengan Christian Bekamenga

RASMI: Fagiano Okayama Umumkan Lanjutan Kontrak, Hadi Fayyadh Kekal Di Jepun Buat Tahun Ke-3