Kelab tersohor Indonesia, Persija Jakarta dilaporkan sedang berunding untuk mendapatkan khidmat bekas pemain antarabangsa Jepun, Keisuke Honda oleh beberapa media besar negara itu.

Selepas kegagalan untuk mendapatkan tempat serta tidak berjaya mempamerkan prestasi yang diharapkan bersama Vitesse Arnhem, Keisuke Honda kini dikatakan sedang aktif untuk mencari tapak baru terutamanya di rantau Asia Tenggara.

Berdasarkan satu artikel yang dikeluarkan oleh Fox Sport, jurucakap Persija Jakarta mengesahkan mengenai perkara itu memang sedang berlaku.

“Ya, kami telah mengadakan perbincangan dan persetujuan dengan beberapa pemain termasuk Keisuke Honda.”

Jika semuanya berjalan lancar dan Persija Jakarta berjaya membawa pemain itu yang kini tidak mempunyai kontrak dengan mana-mana pasukan, ia dilihat sangat menguntungkan kelab dari segi publisiti tanpa sebarang yuran perpindahan terlibat (walaupun gaji mungkin agak tinggi).

Sehingga kini masih tiada maklum balas rasmi lain berkenaan perkara diatas dari mana-mana pihak samada telah mencapai persetujuan atau pun masih berada pada peringkat rundingan.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Idea Kreatif Kelab TRUE Bangkok United Hasilkan Merchandise Eksklusif Dari Material Khemah Terowong Pemain

15 Pertandingan Dengan Jumlah Penonton Tertinggi Di Dunia 2019, Ada Persija Jakarta vs PSM Makassar

Lukas Podolski Lawat Fasiliti Pasukan Johor Darul Ta’zim, Kevin Ramalingam Turut Kelihatan Di Meja Perbincangan