Persediaan pasukan kebangsaan Thailand untuk mengharungi baki saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 berdepan halangan apabila mereka sukar untu menemui lawan bagi mengadakan perlawanan persahabatan.

Ketua jurulatih, Akira Nishino akan kembali ke Thailand bulan ini setelah menghabiskan waktu semasa saingan Thai League dihentikan buat sementara waktu di negaranya iaitu Jepun. Nishino merancang untuk mengumpulkan pemain bagi menyertai sesi latihan pusat pada September.

Persiapan
Sumber Gambar: Changsuek

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Parit Suphaphong berkata sekembalinya Nishino ke Thailand beliau akan melawat setiap kelab yang beraksi di Thai League 1 bagi memantau perkembangan pemain yang akan dipanggil.

Akan tetapi, Suphaphong berkata sukar bagi pihaknya untuk mencari lawan bagi mengadakan perlawanan pemanas badan setelah dunia ketika ini dilanda penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Thailand mungkin tidak akan mengadakan sebarang perlawanan pemanas badan dan hanya akan menjalani latihan biasa sebelum berdepan Indonesia (8 Oktober), Emiriah Arab Bersatu (12 November) dan Malaysia (17 November).

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Thailand di sini:

Media Thailand Senaraikan 5 Pengganti Chanathip Songkrasin Bagi Hadapi Piala AFF Suzuki 2020

Supachok Sarachat Dalam Pemerhatian Tiga Kelab Portugal

Theerathon Bunmathan Sasar Kejuaraan AFC Champions League Musim Ini