Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengumumkan senarai 30 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad Malaysia bawah 15 tahun (B-15) di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Ahad, ini 1 September 2019 sebagai persiapan menghadapi Pusingan Kelayakan Kejuaraan B-16 AFC 2020 dari 18 hingga 22 September 2019 di Vientiane, Laos.

Daripada 30 pemain tersebut, 23 daripadanya merupakan sebahagian daripada skuad Malaysia B-15 yang menjuarai Kejohanan AFF B-15 di Thailand pada beberapa minggu lalu.

Kejohanan AFF B-15 adalah kejuaraan kedua mereka dalam masa sebulan selepas mereka turut muncul sebagai juara dalam satu kejohanan jemputan di China.

10

11

Manakala tujuh 7 pemain di senarai berikut diminta bersedia untuk menjalani latihan dan menggantikan mana-main pemain dari senarai asal sekiranya mengalami kecederaan.

12

Dua perlawanan antarabangsa menentang skuad Mongolia B-15 juga telah diatur pada 6 September 2019 (Jumaat) dan 9 September 2019 (Isnin) di Stadium Mini Shah Alam sebagai persiapan bagi pusingan kelayakan kejuaraan tersebut.

Skuad B-15 kebangsaan, yang diundi dalam Kumpulan J, akan membuka kempen kelayakan AFC menentang Kemboja pada 18 September 2019 (Rabu) diikuti dengan aksi bertemu Laos pada 20 September 2019 (Jumaat) dan Jepun pada 22 September 2019 (Ahad) dengan ketiga-tiga perlawanan dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Laos.

Presiden FAM, Dato’ Haji Hamidin juga berharap skuad kendalian P. Maniam itu meneruskan rentak cemerlang dalam Pusingan Kelayakan Kejuaraan B-16 AFC 2020, September ini di Laos.

“Saya yakin dengan prestasi memberangsangkan pasukan, kejayaan demi kejayaan akan dapat kita kekalkan namun pasukan perlu kekal fokus dan disiplin. Mari kita sama-sama terus memartabatkan lagi sukan bola sepak negara,” katanya.

Jika anda terlepas membaca artikel mengenai kejayaan skuad Malaysia B-15, klik pautan berikut:

Tandukan Nabil Qayyum Pastikan Malaysia Juara AFF B-15

Australia Tewas Mengejut Ditangan Anak Buah P. Maniam

Gergasi Asia Tumpas Ditangan Anak Buah P. Maniam Di China

Skuad Malaysia B-15 Juara Kejohanan Antarabangsa CFA Selepas Tewaskan Korea Utara

Sumber