Skuad B-19 kebangsaan kendalian Hassan Sazali Waras, semalam memulakan kem latihan pusat menjelang Kelayakan Piala Asia B-20 2023 di Ulaanbaatar, Mongolia, 14-18 September 2022.

Seramai 26 pemain telah dipanggil menyertai kem latihan pusat tersebut bermula 1 September hingga 12 September 2022.

Daripada senarai 26 pemain, Hassan Sazali telah mengekalkan 17 pemain dari skuad yang menjuarai Kejuaraan B-19 AFF 2022 Indonesia pada 15 Julai lalu dan 10 pemain dari skuad yang muncul naib juara 4th International U-19 Football Thanh Nien Tournament 2022 Vietnam pada 11 Ogos lalu.

Enam pemain iaitu Syahmi Adib, Danish Irfan, Muhammad Izrin, Adli Ahamad, Muhammad Ubaidullah dan Aizat Aiman telah beraksi di dalam kedua-dua kejohanan berkenaan.

Senarai pemain yang dipanggil.

Skuad Malaysia B-19 yang telah diundi dalam Kumpulan E dijadualkan memulakan cabaran menentang pasukan tuan rumah, Mongolia pada Rabu, 14 September 2022; Sri Lanka pada Jumaat, 16 September 2022 dan Korea Selatan pada Ahad, 18 September 2022, dengan kesemua perlawanan di Stadium MFF, Ulaanbaatar.

Hanya juara kumpulan sahaja layak secara automatik ke Piala Asia B-23 tahun depan bersama pasukan tempat kedua terbaik kumpulan.

Berdasarkan rekod, kali terakhir skuad Malaysia B-19 beraksi di pentas Asia ialah pada tahun 2018 ketika dibawah kendalian Bojan Hodak. Antara pencapaian terbaik negara ialah layak ke suku akhir pada tahun 2004.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Aksi Selangor Menentang JDT Bakal Disiarkan Secara Langsung Di TV9

Penyokong Terengganu ‘Habiskan’ Semua Tiket Final Piala FA

Pemain Sarawak United Sudah 4 Bulan Tidak Terima Gaji

Final Piala FA Serentak Dengan Konsert Dewa 19, Bukit Jalil Dijangka Sesak Teruk Pada 10 September

Gol Jarak Jauh Sean Selvaraj Dihantar Ke FIFA Untuk Pencalonan Anugerah PUSKAS

TRW Kelantan Jadikan Tuntutan Kes Fitnah Sebagai Sedekah