Bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba bertindak meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Ivory Coast (AFI) selepas mendapati badan tersebut tidak prihatin dan mengabaikan kebajikan pemain.

AFI bukan sahaja didakwa tidak mempertahankan hak pemain tetapi langsung tidak mengambil peduli terhadap keperluan dan jangkaan mereka.

“Kepada semua pemain bola sepak Ivory Coast, saya dengan ini mengumumkan keputusan untuk meletak jawatan sebagai naib presiden AFI dan juga jawatankuasa eksekutifnya,” kata Drogba semalam.

“Kami semua menyedari masalah kewangan yang anda hadapi dan kesukaran untuk bekerjasama dengan pemimpin AFI, yang sepatutnya mewakili anda dan mempertahankan hak serta kepentingan anda.

“AFI masih tidak berfungsi. Ia tidak lagi memenuhi keperluan atau harapan anda. Keputusan buruk yang berlaku antara satu sama lain telah menyebabkan kemerosotan asas organisasi,” jelas Drogba dalam surat terbuka yang dikongsi melalui laman twitternya.

Bekas kapten kebangsaan itu sebelum ini diharapkan akan menerajui Persatuan Bola Sepak Ivory Coast (FIF) sebagai Presiden tetapi pencalonannya pada tahun lalu tidak diterima kerana dia didakwa tidak banyak terbabit dengan persatuan diwakilinya.

Drogba masih berharap akan memenangi pemilihan Presiden FIF yang akan diadakan pada bulan November ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak dunia melalui pautan dibawah. 

Pasca Messi: Barcelona Berdepan Kesukaran Dapatkan Tajaan Lebih Besar Termasuk Dari Nike & Rakuten

Perisai Komuniti: Leicester Juara, Penalti Lewat Iheanacho Rosakkan Debut Pemain £100 Juta

Tanpa Berselindung, Bayern Akui Berminat Dengan Haaland