Menjelang perlawanan persahabatan menentang Jordan dan saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe telah memulakan latihan pusat pertama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Dalam senarai pemain yang dipanggil, fokus diberikan kepada bahagian tengah dimana Brendan Gan kembali menyertai pasukan negara setelah lama menghilang akibat daripada masalah kecederaan. Dengan kehadiran Gan, persaingan untuk merebut tempat bagi mengisi jentera tengah dalam kesebelasan utama pasukan negara dilihat sengit.

Syamer Kutty Abba
Syamer Kutty Abba. Sumber Gambar: Goal.com

Sebelum ini, ketika saingan Piala AFF Suzuki tahun lalu, Cheng Hoe memilih untuk menggandingkan Akram Mahinan dan Syamer Kutty Abba bagi mengisi bahagian tengah. Keputusan Cheng Hoe nyata berbaloi apabila kedua-dua pemain menampilkan gandingan mantap sekaligus membantu Malaysia mara ke perlawanan akhir.

Tujuh bulan kemudian, ketika pelawanan kelayakan pusingan pertama Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Cheng Hoe membuat sedikit perubahan dimana beliau menggandingkan Akram Mahinan dan Nor Azam Azih. Gandingan Akram-Azah juga tidak kalah hebatnya apabila tampil cemerlang khususnya Azam yang banyak membantu jentera serangan pasukan negara.

Kali ini, Akram Mahinan, Azam Azih dan Syamer Kutty akan menerima tentangan daripada Brendan Gan dan juga pemain dari skuad B-23 tahun negara, Daniel Amier Norhisham bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Brendan Gan
Brendan Gan. Sumber Gambar: FAM

Persaingan ini dilihat satu perkara yang baik khasnya untuk pasukan negara kerana pemain akan memberikan 100% komitmen ketika sesi latihan sekaligus membolehkan pemain itu berada dalam keadaan terbaik dan sentiasa bersedia jika dipilih untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.

Malaysia akan bertemu Jordan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 30 Ogos 2019 ini. Pasukan negara akan menentang Indonesia di Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September 2019 dan bertemu UAE di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 September 2019.

Artikel lain mengenai pasukan kebangsaan

Brendan Gan Tidak Sabar Sarung Jersi Skuad Harimau Malaya

Tiket Perlawanan Malaysia Menentang Jordan Mula Dijual Secara Dalam Talian

Tan Cheng Hoe Punya Sebab Tersendiri