Setiap musim kita dapat perhatikan ramai pemain-pemain bola sepak dari negara Jepun menerima tawaran beraksi di kelab-kelab eropah, tidak kira kelab tersebut sangat terkenal atau pun kelab yang kecil.

Terkini, pemain penting kelab J1 League, Vissel Kobe iaitu Kyogo Furuhashi telah dilaporkan akan berhijrah ke kelab Celtic FC dengan yuran perpindahan bernilai £5 juta atau sekitar RM29 juta.

Jumlah tersebut mungkin kecil bagi kelab-kelab besar di eropah, tetapi bagi kebanyakan kelab di Asia ia satu angka yang agak lumayan. Namun, duit tersebut tidak hanya disapu bersih oleh kelab semasa, tetapi turut disalurkan kepada kelab, sekolah dan universiti sebelumnya.

Vocket FC hari ini mahu membawakan kepada anda bagaimana duit yuran perpindahan tersebut ‘mengalir’ kepada kelab-kelab atau pasukan yang pernah disertai oleh Kyogo Furuhashi.

4 Pasukan Menerima ‘Faedah’ Bernilai RM1.37 Juta

Sebahagian duit hasil dari yuran perpindahan Kyogo Furuhashi ini akan disalurkan kepada pasukan-pasukan yang pernah disertainya dari umur 12 tahun sehingga 22 tahun, dimana dalam tempoh ini semua kelab layak menerima ‘development fees’ mengikut peratusan yang ditetapkan.

Seperti jadual dibawah, kelab ketika Kyogo Furuhashi berumur 12 hingga 14 tahun iaitu Athpegas Ikoma FC akan menerima sekitar RM217,500, pasukan bola sepak Sekolah Tinggi Kokoku akan menerima RM435,000, pasukan bola sepak Chuo University akan menerima RM580,000 dan kelab FC Gifu juga bakal menerima bayaran sebanyak RM145,000.

Umur Tahun Pengajian Pasukan % Bayaran Diterima Jumlah
12 Tingkatan 1 Athpegas Ikoma FC 0.25% 72,500
217,500
13 Tingkatan 2 Athpegas Ikoma FC 0.25% 72,500
14 Tingkatan 3 Athpegas Ikoma FC 0.25% 72,500
15 Tingkatan 4 Sekolah Tinggi Kokoku 0.50% 145,000
435,000
16 Tingkatan 5 Sekolah Tinggi Kokoku 0.50% 145,000
17 Tingkatan 6 Sekolah Tinggi Kokoku 0.50% 145,000
18 Tahun 1 Chuo University 0.50% 145,000
580,000
19 Tahun 2 Chuo University 0.50% 145,000
20 Tahun 3 Chuo University 0.50% 145,000
21 Tahun 4 Chuo University 0.50% 145,000
22 PRO FC Gifu 0.50% 145,000 145,000
23 PRO FC Gifu
23 PRO Vissel Kobe
24 PRO Vissel Kobe
25 PRO Vissel Kobe

FC Gifu menerima sebanyak RM145,000 kerana pada ketika itu Kyogo Furuhashi masih belum mencapai usia 23 tahun.

Selebihnya, duit yuran perpindahan tersebut akan diterima oleh kelab Vissel Kobe.

Mungkin disinilah dapat kita faham bagaimana duit yuran perpindahan itu bakal memberikan faedah kepada pihak-pihak yang terlibat dalam membangunkan seseorang pemain itu seterusnya membolehkan mereka berlumba-lumba untuk mengeluarkan pemain yang berkualiti.

CTSTaehUsAA3bIK

Gambar 2015: Ini adalah skuad Sekolah Tinggi Kokoku yang mempunyai 270 pemain secara keseluruhannya. Menurut rekod pada tahun 2020, sekolah ini berjaya melahirkan 5 orang pemain berstatus profesional dalam saingan J.League.

Angka-angka ini mungkin kelihat kecil, tetapi pastinya dapat membantu kelab-kelab diperingkat umur untuk kekal berdiri memberikan fokus membangunkan pemain muda.

Bayangkan sebuah pasukan sekolah menengah di Malaysia menerima duit RM435,000 untuk digunakan dalam pasukan bola sepak mereka. Apa akan jadi agaknya?

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan dibawah ini.

Hadi Fayyadh Sekali Lagi Dilantik Sebagai Duta Pelancongan Bandar Okayama 2 ‘Musim’ Berturut-Turut.

Qatar Seri 3-3 Bertemu Panama, Almoez Ali Cipta Rekod Jaringkan Gol Dalam 3 Kejohanan Tertinggi Benua

MA Ranking: JDT Raih 4 Mata Berharga Bantu Malaysia Kekalkan Slot AFC Champions League Musim 2023