Pemain bek kanan Manchester City, Joao Cancelo dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian muka dan mata ekoran insiden rompakan yang berlaku di kediamannya semalam.

Menurut kenyataan di laman Instagram rasmi miliknya, Cancelo mendedahkan bahawa beliau dan keluarganya diserang oleh empat orang perompak yang kemudiannya berjaya membawa lari barang kemas kepunyaan beliau.

Beliau yang merupakan pemain skuad kebangsaan Portugal turut memuatnaik foto terkini susulan keadaan tersebut dimana matanya kelihatan bengkak dan luka di bahagian kening.

“Malangnya hari ini saya telah diserang oleh empat orang pengecut yang mencederakan saya serta ingin mencederakan keluarga saya.”

“Ketika anda cuba untuk memberikan tentangan [melawan], inilah yang terjadi,” ujar Cancelo.

“Mereka berjaya melarikan semua barang kemas milik saya dan meninggalkan saya dengan muka saya berkeadaan seperti ini. Saya tidak tahu mengapa ada orang dengan perangai seperti ini.”

“Apa yang penting bagi saya ialah keluarga saya dan nasib baik keadaan mereka semuanya baik-baik sahaja.”

“Dan selepas begitu banyak halangan dalam hidup saya, ini hanya satu lagi cabaran yang saya hadapi. Teguh dan kuat, seperti biasa,” tambah Joao Cancelo lagi.

Bagaikan satu kebetulan apabila kira-kira dua minggu lalu turut menyaksikan bekas pemain Manchester City, Nicolas Otamendi turut menjadi mangsa rompakan di Benfica.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia di sini:

Khidmat John Terry Ditagih Akademi Chelsea

Sepakan Percuma ‘Enjinkaiten Jutsu’ Dari Pasukan Sekolah Tinggi Jepun Ini Tular Di Seluruh Dunia

Newcastle Bengang Mereka Diletakkan Harga Berbeza Untuk Trippier