Melaka United diperkuatkan oleh pemain pertahanan import baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2022 apabila mendapatkan khidmat pemain dari Filipina, Justin Baas.

Perkara ini diumumkan oleh Melaka menerusia laman media sosial rasmi pasukan dimana selain mengumumkan ketibaan Baas, pasukan itu turut mengumumkan ketibaan beberapa pemain import baharu seperti Ifedayo Olusegun dan Emmanuel Oti Essigba.

Bagi peminat bola sepak negara, nama Justin Baas bukanlah satu nama yang asing dimana peminat pernah mengritik tindakan pemain berusia 21 tahun itu ketika Malaysia B-22 tahun bertemu Filipina dalam temasya Sukan SEA 2019 lalu.

Baas dianggap biadap ketika bersalaman dengan pemain negara selepas perlawanan selain melakukan provokasi melampau pada aksi yang menyaksikan Filipina yang turut menjadi tuan rumah menang dengan keputusan 1-0.

Peminat terus menyerang laman media sosial pemain itu dimana rata-rata daripada mereka menyifatkan beliau tidak mempunyai semangat kesukanan yang tinggi dan tidak menghormati pemain dari pasukan lawan.

Selain menandatangani pemain import baharu, Melaka juga berjaya mendapatkan beberapa pemain tempatan yang mempunyai pengalaman luas dalam saingan liga domestik bagi memperkuatkan pasukan untuk menghadapi saingan musim 2022.

Antara pemain tempatan yang menyertai Melaka ialah Fadhli Shas dan Syazwan Andik yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT). Pemain tempatan lain yang ditandatangani oleh Melaka ialah Ahmad Haziq Puad, Muhammad Fauzan Fauzi, Muhammad Fadhil Idris, Bryan See Tian Keat dan Ahmad Asyraaf Omar.

Seramai 10 pemain dikekalkan daripada skuad musim lalu iaitu penjaga gol, Norazlan Razali selain tiga pertahanan iaitu Mohd Akmal Md Zahir, Wan Amirul Afiq Wan Abd Rahman dan Khairul Anwar Shahrudin.

Turut dikekalkan tiga pemain tengah iaitu Mohd Faris Shah Rosli, Hasbullah Abu Bakar dan Fakhrullah Rosli manakala dua pemain sayap adalah Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Faizal Talib serta Hazim Abu Zaid (penyerang).

Bagi musim 2022, Melaka United bakal dikendalikan oleh ketua jurulatih baharu iaitu Risto Vidakovic yang menggantikan Zainal Abidin Hassan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Lim Teong Kim Tiada Dendam, Hanya Tidak Setuju Cara FAM Kendalikan Bola Sepak Di Malaysia

Kim Pan-gon Ketua Jurulatih Malaysia Yang Baharu, Turut Dibawa 4 Pembantu Dengan Kontrak 2 Tahun

Datuk Hamidin Jelaskan Sebab Sebenar Sumareh Tolak Panggilan Ke Skuad Kebangsaan