Saingan Liga Super musim 2019 hampir melabuhkan tirainya dimana ada berbaki tiga lagi perlawanan untuk diharungi. Dengan kejuaraan telah sah menjadi milik Johor Darul Ta’zim, kini tumpuan peminat terarah kepada persaingan bagi memenangi Anugerah Kasut Emas.

Ketika ini, lima pemain mempunyai potensi untuk memenangi anugerah tersebut dimana jurang perbezaan jaringan diantara mereka tidak begitu besar. Kpah Sherman menduduki tempat pertama dengan kutipan 12 gol diikuti oleh penyerang Johor Darul Ta’zim, Diogo Luis Santo dengan 10 jaringan setakat ini.

Gonzalo Cabrera
Sumber Gambar: JST

Tiga lagi pemain iaitu pemain sayap JDT, Gonzalo Cabrera, pemain sayap Melaka United, Patrick Reichelt dan penyerang Selangor, Ifedayo Olesegun berkongsi tempat ketiga dimana ketiga-tiga pemain ini telah menjaringkan 9 gol setakat ini.

Melihat kepada situasi semasa, Kpah Sherman dan Diogo Luis Santo mempunyai peluang cerah untuk menyamai pencapaian Rufino Segovia yang memenangi Anugerah Kasut Emas Liga Super musim lalu dimana penyerang import Selangor itu telah meledak 19 gol.

Meskipun jumlah gol yang banyak perlu dijaringkan oleh Kpah dan Diogo, namun kedua-dua pemain ini mampu untuk menyamai pencapaian Rufino sekiranya mereka kembali menemui setuhan jaringan pada baki 3 perlawanan terakhir.

Kpah Sherman
Sumber Gambar: Kedah FA

PKNS FC akan menghadapi pasukan Pahang, Melaka United dan Selangor pada baki tiga perlawanan Liga manakala JDT pula akan menentang Petaling Jaya City FC, Kuala Lumpur dan Terengganu FC.

Musim lalu, Rufino Segovia muncul sebagai penjaring terbanyak diikuti oleh Kipre Tchetche di tempat kedua dimana beliau merekodkan sebanyak 14 gol. Bakal pemain naturalisasi negara, Guilherme De Paula menduduki tempat ketiga dengan catatan 13 jaringan.