Bekas pengendali skuad B-22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee menegaskan jika pasukan negara mahu kembali menjadi psaing utama bagi memenangi pingat emas temasya Sukan SEA, perancangan rapi perlu dilakukan agar kejadian edisi sebelumnya tidak berulang.

Menurut Datuk Ong, barisan pemain yang baik sahaja tidak mencukupi dimana pasukan perlu melakukan perancangan rapi sebelum temasya bermula bagi meningkatkan peluang untuk memenangi pingat emas.

Perancangan

Sumber Gambar: FAM

“Kalau kita lihat Sukan SEA sebagai satu pencapaian yang cukup hebat, kita hantar pemain terbaik tetapi kalau untuk pendedahan kita hantar pemain muda. Namun, kita kena faham. Pihak pengurusan, media dan peminat perlu tahu mengapa kita mengambil sesuatu keputusan itu dan kita perlu beritahu secara spesifik.

“Kalau kita lihat sekarang negara Asia Tenggara kecuali Vietnam, Thailand dan Indonesia yang kita tahu memang lawan kita. Namun kita jangan lupa Kemboja, Laos, Timor Leste dan Filipina yang semakin mengejar kita.

Perancangan

Sumber Gambar: FAM

“Kalau kita masih lagi memikirkan kita harus kekal ini… kekal itu, saya tidak terkejut Sukan SEA seterusnya akan berlaku perkara sama,” kata Datuk Ong menurut laporan Berita Harian.

Skuad kendalian Datuk Ong gagal melepasi saingan peringkat kumpulan ketika Sukan SEA di Filipina tahun lalu dan kontrak beliau tidak disambung oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Datuk Ong kini menggalas tugas sebagai ketua unit belia badan induk itu.

Baca artikel lain mengenai Datuk Ong Kim Swee di sini:

Datuk Ong Kim Swee Sah Dilantik Sebagai Ketua Unit Pembangunan Belia FAM

Brad Maloney Individu Yang Tepat Latih Malaysia B-19 – Datuk Ong Kim Swee

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group