Baru-baru ini peminat bola sepak tempatan mempertikaikan kewujudan beberapa kelab amatur yang menggunakan nama Perlis dalam saingan liga divisyen 3 (Liga M3) musim 2020.

Dalam pengumuman senarai pasukan yang bertanding di pusingan awal kelayakan Piala FA 2020, terdapat 3 pasukan yang menggunakan nama negeri dari utara iaitu Perlis United, Kuala Perlis FC dan Northern Lion FC.

Namun, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi amaran kepada Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) supaya tidak menubuh atau menguruskan pasukan bola sepak lain untuk bersaing di Liga Malaysia pada musim ini.

Ini adalah untuk mengelakkan mana-mana pasukan yang terlibat dalam pengaruh atau berada dibawah pengurusan PFA dikenakan tindakan susulan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kerana badan induk negeri itu sedang menjalani hukuman penggantungan.

78700712_2521049137991835_9109983925282799616_o
FOTO: FAM

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata dalam Arena Metro, PFA perlu selesaikan hutang tertunggak terlebih dahulu sebelum kembali beraksi dalam Liga Malaysia.

“FIFA boleh ambil tindakan kepada pasukan daripada PFA kerana penyertaan mereka dalam liga tak boleh wujud sehingga hutang selesai sampai bayar.

“Jika ada ahli gabungan PFA mahu menubuhkan pasukan menggunakan nama Perlis tiada masalah, namun tidak boleh pengurusan daripada badan induk bola sepak negeri terbabit.

“Walaupun PFA menukar nama lain atau tubuh pasukan baharu untuk bersaing dalam Liga Malaysia, namun mereka sudah pasti tidak terlepas daripada tindakan daripada FIFA,” katanya.

PFA kini sedang menjalani hukuman penggantungan daripada sebarang aktiviti bola sepak oleh FIFA sejak awal 2019.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Perlis melalui pautan dibawah.

Kaironnisam Sahabudin Kini Ahli Jawatankuasa Eksekutif Perlis FA

PFAM Hantar Aduan Rasmi Kes Tunggakan Gaji Pemain Perlis Ke FAM

Ahli Lembaga Pengarah MFL Tolak Rayuan Perlis FA, Diharamkan Sertai Pertandingan Anjuran MFL Dan AFL

Sumber