Bagi peminat bola sepak di Malaysia yang sebelum ini tertanya-tanya bagaimana untuk menonton perlawanan bola sepak Thai League 1 yang melibatkan pemain-pemain dari Malaysia, kini masalah itu sudah pun selesai.

1 Play Sports secara rasmi telah mengumumkan bahawa mereka kini adalah Regional Digital Broadcaster Partner kepaa Toyota Thai League dan ini membolehkan mereka menyiarkan perlawanan liga itu secara langsung melalui platform Youtube dan juga Facebook serta akan mempunyai ulasan dalam 3 bahasa iaitu bahasa Inggeris, Bahasa Indonesia dan Hindi.

Selain itu, perlawanan yang terpilih juga akan disiarkan ke 15 buah negara di Asia Tenggara serta Asia Selatan seperti;

  • Singapore
  • Malaysia
  • Indonesia
  • Brunei
  • Cambodia
  • Myanmar
  • Laos
  • Vietnam
  • Philippines
  • India
  • Pakistan
  • Sri Lanka
  • Bangladesh
  • Bhutan
  • Maldives

Untuk makluman juga, saingan Thai League 1 musim ini akan disambung semula mulai esok 12 September 2020 dan 1 Play Sports akan menyiarkan secara langsung 4 perlawanan seperti dibawah.

Pastinya perlawanan diantara Police Tero FC bertemu Thai Port FC dan BG Pathum United menentang Buriram United akan menjadi tumpuan peminat bola sepak Malaysia kerana Dominic Tan dan Mat Yo bakal turun beraksi pada hari Ahad nanti.

Mungkin inilah strategi terbaru yang sedang dilakukan oleh Thai League untuk ‘menangkap’ pasaran baru yang berpotensi tinggi yang mungkin bakal membawa pulangan hebat baik kepada liga mahupun kelab yang bersaing dimasa depan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Tonton Video Aksi Berani Mati Penjaga Gol Jadi ‘Frontliner’ Untuk Freekick Dari Luar Kawasan Penalti

Pemain Profesional Wanita Jepun Ini ‘Buat Hal’, Sertai Kelab Bola Sepak Lelaki Di Jepun Secara Pinjaman Dari Chicago Red Stars

Mokhtar Dahari Sebenarnya Berada Di Ranking Ke-3 ‘All Time International Goal Scorer’ Dibelakang Cristiano Ronaldo Dan Ali Daei

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group