Perlawanan unifi Liga Super 2018 sudah tiba ke penghujung apabila semua pasukan akan melengkapkan 22 perlawanan liga musim ini.

Namun, terdapat satu persoalan mengenai kenapa perlawanan ke 22 liga ini tidak dijalankan secara serentak untuk mengelakkan beberapa isu yang muncul terutama mengundang kearah mengatur keputusan perlawanan.

unifi liga super 2018

Diatas adalah jadual perlawanan LS22 unifi Liga Super Malaysia, dimana terdapat 2 tarikh untuk perlawanan terakhir liga;

  1. 3 perlawanan pada tarikh 28 Julai 2018
  2. 3 perlawanan pada tarikh 29 Julai 2018

Berdasarkan kedudukan liga selepas tamat LS21, semua sudah sedia maklum bahawa ada 2 perkara yang menjadi perebutan beberapa buah pasukan dalam saingan unifi Liga Super 2018;

  1. Slot kelayakan 2 Play-Off AFC Champions League 2019
  2. Slot saingan Piala Malaysia 2018.

unifi liga super 2018

Dalam perlawanan yang diadakan pada 28 Julai 2018, kita dapat mengetahui beberapa perkara yang mampu mempengaruhi perjalanan perlawanan pada 29 Julai 2018 seperti;

a) Perlawanan Johor Darul Ta’zim bertemu Kuala Lumpur tidak memberi sebarang impak kepada perebutan slot AFC Champions League 2019 atau Piala Malaysia 2018.

b) PKNS FC vs Perak: Perlawanan ini akan memberikan satu ‘keputusan’ yang mampu mempengaruhi perlawanan Kelantan vs Pahang dan Selangor vs Terengganu.

c) Ini adalah kerana sekiranya Perak tewas, peluang terbuka luas bagi Pahang dan Terengganu untuk membuat sesuatu demi mencapai kemenangan samada secara merit ataupun tidak – ia menimbulkan keraguan.

d) Pahang pula berhadapan dengan Kelantan, pasukan yang sah akan beraksi dalam 100PLUS Liga Premier 2019, tetapi pada masa yang sama masih mampu meraih slot terakhir Piala Malaysia 2018, jika Negeri Sembilan tewas kepada Melaka.

Apa Sebenarnya Yang Berlaku Selepas Tamat Perlawanan 28 Julai 2018?

3 perlawanan LS22 yang berlangsung semalam dan keputusannya telah menyebabkan timbul keraguan dari perspektif semangat kesukanan serta integriti apabila 4 pasukan mampu ‘mengatur’ keputusan perlawanan pada 29 Julai 2018.

unifi liga super 2018

Seperti yang dinyatakan diatas dalam perkara (a) apapun keputusan diantara Johor Darul Ta’zim dan Kuala Lumpur tidak akan mempengaruhi mana-mana perlawanan pada 29 Julai 2018.

Tetapi, apabila Perak tewas 1-4 kepada PKNS dan Negeri Sembilan tewas 1-3 kepada Melaka United, 2 perlawanan LS22 pada hari ini diantara Kelantan vs Pahang dan Selangor vs Terengganu diragui mempunyai ‘agenda’ tersendiri.

  • Pahang boleh ‘melepaskan’ kedudukan sebagai naib juara liga dan ‘menyerahkan’ slot Piala Malaysia 2018 kepada pasukan bermasalah, Kelantan.
  • Selangor dan Terengganu, kedua-duanya layak beraksi dalam Piala Malaysia 2018 tetapi Terengganu mampu merampas slot kelayakan AFC Champions League 2019 sekiranya menang keatas Selangor.

Ini adalah situasi yang tidak wajar berlaku dalam liga kerana semua orang tahu ada 2 ‘battle’ akan berlaku pada perlawanan terakhir iaitu perebutan slot AFC Champions League dan slot Piala Malaysia. Disebabkan perkara ini akan timbul isu keraguan integriti, ‘unfair advantage’ serta semangat kesukanan dalam sebuah liga profesional.

Adakah pasukan-pasukan itu bersalah atau siapa yang salah sebenarnya? Peluang untuk manipulasi itu sebenarnya ‘diberikan’ kepada mereka.