Konfederasi Bola Sepak Asia (ACL) telah mencapai kata sepakat dengan Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) bagi mengadakan perlawanan saingan AFC Champions League (ACL) zon timur di negara tersebut.

Saingan bagi zon timur akan berlangsung pada 18 November hingga 13 Disember, setelah saingan zon barat berjaya dilangsungkan di Qatar sebelum ini.

Setiausaha Agung AFC, Dato’ Windsor Paul John berkata beliau menghargai sokongan yang diberikan oleh QFA bagi menjalankan perlawanan ACL di negara tersebut. Setelah saingan zon barat berjaya dijalankan tanpa sebarang masalah, beliau yakin saingan zon timur akan berjalan dengan lancar.

Qatar
Sumber Gambar: JST

Pada mulanya, AFC memilih Malaysia sebagai venue untuk mengadakan baki perlawanan ACL peringkat kumpulan bagi zon timur. Namun, badan bola sepak Asia itu kemudiannya menukar keputusan tersebut dengan memilik Qatar sebagai venue baharu.

Masih belum jelas faktor utama AFC membuat pertukaran tersebut dan ramai pihak masih menunggu penjelasan mereka mengenai keputusan untuk penukaran venue ini.

Baca artikel lain mengenai saingan AFC Champions League (ACL) di sini:

‘AFC Champions League’s Best Goal of the Decade’ Menjadi Milik Safawi Rasid, Tumpaskan 10 Calon Ternama Lain

Al Hilal Disingkirkan Dari Saingan ACL Selepas Senaraikan Hanya 11 Pemain Dalam “Matchday Squad”

Al Hilal Ambil Tindakan Undang-Undang Ekoran Penyingkiran Dari ACL