Pasukan reserve kepada juara Liga Super musim 2019, Johor Darul Ta’zim iaitu Johor Darul Ta’zim II tewas kepada kelab dari Liga 1 Indonesia, Madura United pada satu perlawanan pra musim.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin semalam, JDT II menurunkan beberapa pemain baharu seperti Fernando Rodriguez, Kei Hirose dan graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Umar Hakeem Suhar Redzuan.

Perlawanan

Sumber Gambar: JST

JDT II terlebih dahulu berada di hadapan apabila Firdaus Ramli yang juga sepupu kepada pemain tengah Terengganu FC, Sharin Sapien menjaringkan gol pada minit ke-21. Separuh masa pertama tamat dengan JDT berada di hadapan.

Memasuki separuh masa kedua, Madura yang dibimbing oleh bekas ketua jurulatih T-Team, Rahmad Darmawan menggandakan asakan dan mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan bekas pemain Felcra FC, David Laly pada minit ke-49.

Usaha Madura untuk mencari gol kemenangan akhirnya membuahkan hasil apabila Rifaldy Bawuo menjaringkan gol pada masa kecederaan sekaligus memberikan kemenangan untuk Madura.

Pada perlawanan pra musim yang seterusnya, Madura akan bertandang ke Kuala Terengganu bagi menghadapi Terengganu FC.

Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim di sini:

Perlawanan Pra Musim: JDT Tunduk Kepada Juara Liga Latvia, FC Riga

Vissel Kobe Lepaskan Lukas Podolski, JDT Mungkin Jadi Destinasi Seterusnya

Bukan Setakat Akhyar Rashid, Kedah FA Turut Mengambil Tindakan Terhadap JDT

1 KOMEN
  • Pendekar

    Cemerlang JDT2. Cemerlang.

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group