Mengikut perancangan awal Malaysia dijadualkan bertemu Hong Kong dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada 15 Oktober 2019 sah dibatalkan menurut satu laporan dari media Hong Kong tengahari tadi.

Menurut mereka, Persatuan Bola Sepak Hong Kong (HKFA) telah menerima surat dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pagi semalam menyatakan bahawa skuad Malaysia tidak akan hadir bagi perlawanan tersebut berkemungkinan atas faktor keselamatan yang tidak terjamin.

Pihak HKFA dalam masa yang sama cuba mendapatkan lawan untuk persiapan skuad mereka namun sehingga kini masih gagal untuk menerima maklum balas positif dari pihak yang telah dihubungi.

Dengan itu juga, HKFA telah mengumumkan pembatalan perlawanan persahabatan antarabangsa yang melibatkan pasukan Hong Kong pada 15 Oktober 2019.

Oleh yang demikian juga, Malaysia akan mempunyai 2 perlawanan pada bulan Oktober iaitu bertemu Sri Lanka bagi perlawanan persahabatan antarabangsa pada 5 Oktober sebelum berlepas ke Hanoi untuk berentap dengan pasukan Vietnam bagi kelayakan Piala Dunia 2022 pada 10 Oktober 2019.

Kemaskini: FAM telah mengumumkan bahawa perlawanan Malaysia bertemu Hong Kong akan ditunda ke satu tarikh lain yang akan diberitahu kemudian.

Artikel lain berkaitan dengan pasukan Harimau Malaya yang menarik untuk dibaca.

Perlawanan Antara Malaysia Menentang Hong Kong Mungkin Dibatalkan

Vietnam Umum 32 Pemain Awal Hadapi Malaysia Dan Indonesia Bulan Depan

Sri Lanka Uji Kekuatan Harimau Malaya Sebelum Bertemu Vietnam