Berita baik untuk peminat bola sepak tempatan apabila Malaysia Football League (MFL) mengumumkan perlawanan tiga pasukan yang merebut kejuaraan Liga Premier pada hari esok (Selasa) akan disiarkan secara langsung di unifiTV, aplikasi unifi playTV dan YouTube unifi.

3 perlawanan yang disiarkan membabitkan pasukan Kelantan United menentang Terengganu II, Negeri Sembilan menentang PDRM dan JDT II menentang Sarawak United.

Ia boleh ditonton secara percuma oleh semua golongan. Platform yang boleh dikatakan paling mudah dan digemari ramai sudah tentulah apabila dapat menyaksikan perlawanan siaran langsung di saluran YouTube melalui telefon pintar masing-masing.

Peminat hanya perlu mencari saluran YouTube rasmi Unifi di www.youtube.com/unifiistheone dan saksikannya secara langsung.

Perebutan trofi Liga Premier 2021 semakin hangat membabitkan pertembungan tiga penjuru apabila Terengganu FC II meraih kemenangan ke atas Kuching City FC minggu lepas sekali gus berpeluang untuk bergelar juara.

Kemenangan 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang meletakkan TFC II di tangga ketiga liga dengan 35 mata menyaksikan skuad kendalian Badrul Afzan Razali turut sama berpeluang untuk meraih trofi bersaing sengit dengan dua lagi pasukan iaitu Negeri Sembilan FC dan Sarawak United FC.

Negeri Sembilan ketika ini berada di takhta liga dengan 38 mata manakala Sarawak United di tangga kedua dengan 37 mata.

Selain itu, perlawanan itu juga bakal menentukan 5 pasukan yang layak beraksi dalam saingan TM Piala Malaysia 2021 dan kumpulan mana yang mereka akan ditempatkan.

Berdasarkan undian rasmi Piala Malaysia minggu lepas, juara dan kedudukan kelima Liga Premier akan ditempatkan dalam kumpulan C, naib juara Liga Premier dalam kumpulan A, tempat ketiga Liga Premier dalam kumpulan B manakala tempat keempat Liga Premier akan berada dalam kumpulan D.

Pasukan manakah akan bergelar Juara Liga Premier musim ini? Semuanya akan terjawab pada malam esok.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Nafuzi Impi Bawa Terengganu Ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2021

MFL Harap Penyokong Dibenarkan Masuk Ke Stadium Untuk Menyaksikan Perlawanan Piala Malaysia

Hanya 10 Pasukan Sahaja Bertanding Dalam Liga Premier 2022