Minggu lepas, syarikat telekomunikasi terkemuka negara iaitu Telekom Malaysia (TM) menawarkan siaran langsung semua perlawanan CIMB Liga Super secara percuma melalui saluran unifiTV mereka.

Lebih menarik, ia turut disiarkan melalui laman You Tube sekaligus memudahkan peminat bola sepak tempatan menonton perlawanan yang melibatkan pasukan kesayangan mereka tanpa memerlukan aplikasi tambahan.

Selepas dua perlawanan Liga Super, tinjauan VocketFC di laman You Tube mendapati perlawanan yang melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa mencatat jumlah tontonan paling tinggi berbanding perlawanan lain.

28734F2D-9327-4593-A2BC-2244DBB839F4

Perlawanan menentang pasukan Pahang pada 28 Ogos lalu telah mencatat lebih 80,000 tontonan sehingga separuh masa kedua manakala perlawanan menentang Perak di Stadium Sultan Ibrahim pada jumaat lepas hampir mencecah 100,000 tontonan.

Jumlah itu dijangka akan meningkat kepada 200,000 tontonan ketika perlawanan menentang Terengganu FC dan Selangor minggu depan memandangkan ia adalah perlawanan yang paling ditunggu-tunggukan.

Antara faktor yang menyumbang kepada jumlah tontonan tertinggi ini ialah prestasi JDT yang sentiasa konsisten dan merupakan pasukan pilihan untuk raih gelaran juara buat kali ketujuh musim ini.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

Datuk Seri Vida Bakal Jadi Pemilik Pasukan Kuala Lumpur?

ZamSaham: “Kelantan Miliki Penyokong Paling Unik Di Malaysia, RM6.8 Juta Untuk ‘Settle’ Semua Pemilikan 100%

Adakah Ini Klausa 8.7 Yang Menyebabkan Kontrak Sumareh Bersama Pahang FA Terbatal?