Beberapa jam yang lalu, telah tersebar cerita mengenai perlawanan Liga Super LS20 diantara pasukan JDT dan PJ City telah ditunda ke satu tarikh yang belum dipastikan.

Turut menguatkan lagi berita itu adalah dengan adanya gambar notis penundaan perlawanan itu ditampal ditingkap kaunter penjualan tiket di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

C2232BBE-BC4E-495B-B0B3-BEE8EDE5E273

“Perlawanan JDT lawan PJ City ditangguhkan ke tarikh yang akan diberitahu.”

Perkara ini telah mengundang pelbagai persepsi negatif dikalangan penyokong bola sepak dengan membuat pelbagai andaian terhadap pasukan JDT.

Adakah penagguhan ini berpunca dari isu demam influenza yang dilaporkan menyerang pemain dan pegawai JDT atau ada sebab lain yang masih menjadi tanda tanya.

F7A75466-78F3-431A-826F-FE1174044F71

Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dari mana-mana pihak samada JDT, PJ City dan MFL berkenaan penangguhan perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada hari Rabu, 10 Julai 2019.

Sumber