Aksi perlawanan ke-4 Liga Super Malaysia 2021 telah berlangsung dengan penuh keterujaan daripada peminat bola sepak tempatan dan perkara ini telah dibuktikan dengan bilangan jumlah tontonan yang paling tinggi setakat ini.

Nota: Bilangan jumlah tontonan ini diambil berdasarkan angka tontonan di platform Youtube unifi sahaja ketika artikel ini ditulis.

Hasil tinjauan kami di laman Youtube unifi mendapati bahawa dari semua 6 perlawanan LS4 yang telah berlangsung tempoh hari, seperti dijangka perlawanan yang melibatkan JDT dan pasukan Selangor menjadi tumpuan dan telah berjaya mencatatkan  1,509,567 tontonan!

Berikut adalah jumlah tontonan untuk semua 6 perlawanan LS4 untuk rujukan anda.

  • JDT bertemu Selangor: 1,509,567 tontonan
  • Penang bertemu UiTM: 456,263 tontonan
  • Kuala Lumpur bertemu Perak: 360,726 tontonan
  • Terengganu bertemu Melaka: 547,610 tontonan
  • Kedah bertemu PJ City: 662,101 tontonan
  • Sri Pahang bertemu Sabah: 475,290

Secara keseluruhannya, 4,011,557 tontonan telah berjaya dicatatkan untuk perlawanan LS4 sahaja di platform Youtube unifi dengan purata tontonan setiap perlawanan adalah sebanyak 668,592 tontonan!

Ini bermakna kita telah berjaya mengekalkan rekod melebihi 3 juta tontonan bagi 3 minggu berturut-turut dan ini adalah satu petanda positif untuk industri bola sepak tempatan dari peminat-peminat yang sudah lama menantikannya.

Semalam, menurut pengumuman dari pihak MFL pula mulai 2 April penonton sudah mula dibenarkan masuk ke stadium untuk menyaksikan perlawanan mengikut kuota kapasiti yang telah ditetapkan dan pastinya akan menambahkan lagi keterujaan bukan sahaja penonton, peminat malahan pemain serta pasukan akan mula merasai satu suasana yang lebih sempurna.

Berilah sokongan kepada bola sepak tempatan!

Astro Miliki Hak Penyiaran Azul Claro Numazu, Aksi Hadi Fayyadh Dapat Ditonton Secara LIVE Mulai Esok

Penonton Dibenarkan Masuk Ke Stadium Mulai 1 April Mengikut Kuota Kapasiti Yang Ditetapkan

Adakah Penalti Ke-2 JDT Sepatutnya ‘Retake’, Kedudukan Kaki Khairulazhan Jadi Tanda Tanya.