Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Beberapa hari yang lalu telah timbul persoalan dalam kalangan penyokong skuad kebangsaan Malaysia mengenai mengapa tiada mata FIFA Ranking akan diperolehi oleh Malaysia ketika bertemu Kuwait ketika bersiap sedia untuk mengharungi perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Ketika itu tiada maklumat atau rujukan yang tepat diperolehi namun selepas menghubungi pihak FAM, melalui Setiausaha Agung Stuart Ramalingam, status perkara itu telah dijelaskan.

Menurut beliau, perlawanan Malaysia bertemu Kuwait nanti hanya berstatus ‘practice match‘ sahaja dan oleh itu tiada mata FIFA Ranking akan diambil kira.

Manakala untuk perlawanan persahabatan berdepan Bahrain pula merupakan satu perlawanan berstatus ‘Tier-1 International Match‘ dan mata FIFA Ranking akan dikira seperti biasa mengikut parameter yang telah ditetapkan.

Apa itu Tier-1 International Match?

Secara umumnya, FIFA telah menyatakan bahawa perlawanan antarabangsa mempunyai 3 tier iaitu;

  • Tier 1
  • Tier 2
  • Tier 3

Tier 1

Dibawah ini pula adalah ‘authorisation procedure’ untuk perlawanan antarabangsa Tier-1 dalam dokumen yang sama diterbitkan oleh FIFA.

procedure

Untuk membaca dengan lebih lanjut, sila layari pautan ini berkenaan Regulations Governing International Football Matches untuk rujukan anda.

Berdasarkan maklumat ini, jelas bahawa perlawanan berdepan Kuwait diklasifikasikan sebagai perlawanan latihan biasa sahaja, manakala perlawanan berdepan Bahrain adalah perlawanan antarabangsa tier-1 dan akan memberikan mata kepada FIFA Ranking Malaysia mengikut keputusan perlawanan nanti.

Lelaki Ini Berkongsi Cerita Mengenai Masalah Yang Dihadapi Ketika Mahu Membeli Jersi ‘Original’ Penang FC

Hampir 1,000 ‘Joyah’ Terjual Dalam Tempoh 19 Hari, Bukti Kelab Bola Sepak Mampu Pacu Ekonomi IKS

Teerasil Dangda Digugurkan Dari Senarai Pemain Skuad Thailand Ke UAE Akibat Kecederaan.

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group